'Rombakan Kabinet esok'

'Rombakan Kabinet esok'

 


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka mengumumkan rombakan Kabinet esok.

Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri Persekutuan yang terbabit dengan rombakan itu dijadualkan berlangsung di Istana Negara, pada jam 2.30 petang.

Majlis yang akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah disenaraikan oleh BERNAMA untuk liputan media rasmi sahaja.

Rombakan itu dijangka menyaksikan beberapa perubahan atau pertukaran menteri dan timbalan di beberapa kementerian.

Difahamkan, rombakan dijangka menyaksikan kemunculan beberapa muka baharu dan lama kembali mengisi kedudukan dalam Kabinet dan senarai Timbalan Menteri.

Antara yang disebut-sebut bakal terbabit dalam rombakan itu adalah Timbalan Menteri Pertahanan, Adli Zahari, yang juga Naib Presiden AMANAH.

Ketika ini, jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Timbalan Presiden AMANAH, pada Julai lalu.

Post a Comment

0 Comments