Petaling Jaya: Ismanira Abdul Manaf, 28, iaitu ibu kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, mengharapkan kematian anaknya itu akan terbela dengan penangkapan pelakunya nanti.
"Saya berharap pelaku itu (pembunuh) segera ditahan demi keadilan buat Zayn
"Walaupun setakat ini saya belum menerima apa-apa maklumat dan perkembangan terkini siasatan daripada polis namun saya berharap pelaku terbabit akan ditahan nanti.
"Saya juga mohon netizen dan orang ramai tidak menulis benda yang tidak sahih berkaitan kejadian anak saya dan jagalah perasan kami sekeluarga," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Tambahnya lagi, adik kepada Zayn juga ada bertanya dan mencari abangnya.
Sebelum ini media tidak dapat berhubung dengan Ismanira kerana telefon bimbitnya dan suami, Zaim Ikhwan Zahari, 28, diambil pihak polis untuk membantu siasatan.
Artikel berkaitan:
0 Comments