Makanan laut adalah sumber makanan mereka. Leluhur mereka yang pernah hidup sebagai pemburu-pengumpul (hunter-gatherer) tidak memancing untuk untuk menangkap ikan, tetapi menyelam ke dalam lautan hingga lebih 70 meter tanpa memerlukan sebarang bantuan peralatan. Mereka menghabiskan 60% seharian mereka di bawah laut.
Budaya hidup, amalan dan persekitaran orang Bajau Laut turun temurun membuatkan mereka memiliki gen saiz limpa (spleen) yang besar iaitu 50% lebih besar daripada penduduk yang berbudayakan daratan.
Apabila kita menyelam dan menahan nafas, limpa kita akan mengecut. Apabila limpa mengecut, ia akan melepaskan sel darah, lalu meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh kita supaya kita dapat menahan nafas di dalam air.
Limpa yang besar memberikan keupayaan kepada orang Bajau Laut melepaskan takungan oksigen yang besar dan membolehkan mereka menyelam dalam tempoh yang lama hingga 13 minit. Manusia normal seperti kita secara purata hanya dapat bertahan sekitar 1 minit hingga 2 minit.
Selain daripada saiz limpa yang besar, terdapat gen lain yang membuatkan regulasi oksigen dalam tubuh orang Bajau Laut begitu cekap – oksigen ini akan banyak disalurkan ke organ-organ penting seperti otak, paru-paru dan jantung. Perkara ini juga menyumbang keupayaan menyelam yang berkesan kepada orang Bajau Laut.
Selain itu, orang bajau juga mempunyai gen untuk menjaga kandungan karbon dioksida dalam darah yang mana gen ini juga penting untuk pernafasan ketika menyelam.
0 Comments