Tips untuk bahan-bahan yang jenis berdaun seperti daun bay, daun kunyit, daun limau purut dan lain-lain, tak perlu dikisar. Cukup dilipat, dan dikoyak sedikit lalu dimasukkan dalam masakkan. Tetapi untuk daun bawang, daun sup atau daun ketumbar cukup dihiris kecil-kecil untuk mengeluarkan aromanya.
Tips yang kedua untuk serai, lengkuas dan halia. Kelompok ini cukup di titikkan atau dilenyekkan agar jus dan airnya keluar. Lalu masukkan ke dalam masakan.
- Langkah 3
Selain itu, halia dan kunyit boleh dibakar dulu sebelum digunakan. Caranya cukup mudah, kupaskan kulit halia atau kunyit. Kemudian, cucuk halia atau kunyit menggunakan garfu dan letakkan diatas api, tapi jangan sampai hangit ye. Dah bakar elok, boleh titikkan atau dikisar untuk dijadikan rempah dalam masakan.
- Langkah 4
Tips yang keempat, buah keras. Buah keras jarang digunakan dalam masakan di Malaysia. Tujuan meletakkan buah keras ini adalah untuk memekatkan kuah. Boleh diletakkan dalam resepi rendang, sambal ayam dan daging, ayam atau daging masak kicap dan sebagainya. Caranya ambil buah keras dan goreng tanpa minyak. Goreng sehingga berubah warna kecoklatan sedikit kemudian tutupkan api. Buah keras boleh ditumbuk halus kemudian, barulah dimasukkan di dalam masakan. Kuah akan menjadi pekat dan rasanya sangatlah sedap.
Selamat mencuba!
0 Comments