Selepas 24 tahun bekerja sebagai cleaner cabin, akhirnya dinaik pangkat menjadi pilot

Selepas 24 tahun bekerja sebagai cleaner cabin, akhirnya dinaik pangkat menjadi pilot

 



Ketabahan dan keazaman seorang lelaki di Nigeria untuk mencapai cita-citanya sebagai juruterbang di Azman Air Services Limited, sebuah syarikat penerbangan domestik yang berpangkalan di Nigeria tercapai selepas 24 tahun.

24 tahun yang lalu, Mohammed Abubakar menyertai sebuah syarikat penerbangan tempatan di Nigeria, sebagai tukang cuci kabin. Tetapi kerana kerja keras dan keazamannya, baru-baru ini menerima bar keempatnya untuk menjadi  Kapten juruterbang.



Bar keempat bermaksud,  seorang juruterbang  kanan yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam penerbangan dan dipanggil Kapten.


Menurut Fombina Times, dia menjadi tukang cuci  di lapangan terbang selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah dan pada masa itu, Mohammed hanya memperoleh gaji 200 Naira Nigeria sehari. 


Beliau kemudiannya diterima menjadi tukang cuci kabin selepas melepasi temuduga dengan Kabo Air dan bekerja selama lapan tahun dengan memperoleh gaji  N17, 000 sebulan. 

Selain tukang cuci kabin, Mohammed mengerjakan pelbagai tugas ketika bekerja di lapangan terbang. Beliau juga pernah menjadi anggota keselamatan ketika pendaratan kapal terbang dan menjadi pembantu pramugara/pramugari. Malahan Timbalan Pengarah Syarikat Penerbangan sentiasa meminta pandangan dan pendapat daripadanya berkaitan dengan masalah operasi yang berlaku di lapangan terbang.

Dengan gaji yang diperolehinya, Mohammed mula menyimpan dan melabur. Timbalan pengarah turut menasihatinya untuk memperbaiki diri dan berlatih untuk mendapatkan lesen sebagai juru terbang di Kanada. 



Sekarang impiannya akhirnya menjadi kenyataan, dia dengan bangga dapat memberitahu dunia bahawa dia seorang kapten. Dia tidak pernah membayangkan suatu hari nanti dia akan menerbangkan kapal terbang yang sedang dibersihkannya.

Tahniah Kapten Mohammed Abubakar!

Kredit:fombinatimes

Post a Comment

0 Comments