(VIDEO) Resepi Spaghetti Carbonara Bujang Buat Ramai Berdekah

(VIDEO) Resepi Spaghetti Carbonara Bujang Buat Ramai Berdekah

 



Kehidupan bergelar seorang pelajar pasti meninggalkan kenangan manis ketika memasak di hostel. Tular sebuah video pelajar lelaki yang berkongsi cara-cara memasak spaghetti carbonara. Malangnya, di akhir video resepi tersebut telah bertukar dan mengundang gelak tawa netizen.



Sebenarnya, resepi yang ingin dikongsikan adalah resepi spaghetti bolognese. Walau bagaimanapun, setelah siap, spaghetti tersebut kelihatan seperti mee bandung Muar. Apa-apapun netizen sangat terhibur dengan video  masakan yang telah dirakam. 


Video:



Jom Cuba Resepi Spaghetti Carbonara!!

Bahan-bahan:

  • Bahan-bahan untuk spaghetti:
    • Air secukupnya
    • 1 paket spaghetti, 500g
    • Sedikit garam
    • Minyak zaitun
  • Bahan-bahan untuk kuah carbonara:
    • Sedikit minyak zaitun
    • ½ biji bawang Holland, potong dadu kecil
    • 2 ulas bawang putih, cincang halus
    • 4 batang sosej, hiris nipis
    • capsicum merah dan hijau, hiris nipis
    • 1 mangkuk udang, buang kulit
    • serbuk black pepper
    • cendawan, hiris nipis
    • sos carbonara Prego
    • susu full cream
    • 1 keping keju cheddar
    • Italian herbs kering
    • Daun parsley fresh, hiasan

Cara Penyediaan:

  1. Cara-cara untuk masak spaghetti:
    1. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkan.
    2. Masukkan spaghetti kering, dan garam. Lebihkan garam biar air rasa sedikit masin. Rebus sehingga spaghetti lembut.
    3. Tapis spaghetti dan tuang sedikit minyak zaitun dan kacau sebati supaya spaghetti tidak melekat.
  2. Cara-cara untuk masak kuah carbonara:
    1. Panaskan sedikit minyak zaitun.
    2. Tumis bawang holland sehingga layu dan kemudian masukkan bawang putih.
    3. Setelah kekuningan, masukkan sosej, capsicum dan serbuk black pepper. Kacau sekejap.
    4. Masukkan udang dan serbuk black pepper.
    5. Masukkan cendawan butang.
    6. Masukkan sos carbonara segera dan tambah sedikit susu full cream. Masak sehingga mendidih.
    7. Tambah 1 keping keju cheddar. Masukkan sedikit serbuk italian herbs kering.
    8. Tabur dengan daun parseli yang dicincang halus dan sedikit garam.Sedia untuk dihidang.


Tip:

  • Jangan masukkan minyak zaitun semasa rebus spaghetti kerana ianya akan membazir bila kita tapis air nanti. Cukup sekadar tuang sedikit minyak semasa spaghetti lembut dan sudah ditapis.
  • Boleh ganti dengan seafoos lain seperti sotong

Kredit video: zaajujun
Kredit resepi:CheNom

Post a Comment

0 Comments