Baru-baru ini, pelakon Adam Corrie menerima komen-komen sindiran selepas dia berkongsi video dirinya menikmati mi wantan ayam merah BBQ di sebuah kedai.
Menerusi ruangan komen, beberapa individu memberi komen sinis terhadapnya malah ada yang mendakwa Adam makan dan masih rindu untuk menikmati daging babi.
The comments from Meleis
— BerhalaKuning (@thelast_demigod) January 10, 2024
Adam Corrie makan Ayam Char Siew yang memang halalan toyyiban guna chopstick / penyepit pun dipersoalkan. Dia yang Muslim sejak tahun 2007 sudah tentunya tahu hukum halal-haram. pic.twitter.com/ifyTsArIpq
Tak rindu makan babi
Menyedari dirinya dituduh sebegitu, Adam menerusi satu hantaran di Instagram berkata selepas 16 tahun memeluk Islam dia langsung tidak merindui makanan itu.
Ujar Adam, dia tidak tahu apa niat sebenar mereka yang memberi komen sebegitu namun menjelaskan dirinya bukanlah penggemar daging babi sebelum peluk Islam sekalipun.
Saya sebagai seorang Muslim yang telah kembali fitrah selama 16tahun, tak rasa rindu pon nak makan perkara yang haram. Sebelum saya syahadah, saya bukanlah pengemar makan daging babi.
0 Comments