Kuala Lumpur: Pelakon berasal dari Singapura, Atikah Suhaime, 33, sah bergelar isteri ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh, 35, dengan sekali lafaz pada majlis tertutup di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi.
Pasangan itu dinikahkan bapa Atikah, iaitu Mohd Suhaime Mohd Jamali. Lokman menyerahkan mas kahwin bernilai RM300. Namun, wang hantaran dirahsiakan.
Difahamkan, majlis pernikahan itu hanya dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat.
Selain itu, pengantin lelaki menerima sembilan dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Hubungan cinta Atikah dan Lokman diketahui umum apabila mereka dilihat akrab sejak berkenalan pada 2019.
Bulan lalu, Atikah mengumumkan bertunang dengan Lokman melalui Instagram (IG). Atikah turut memuat naik foto hadir ke kursus perkahwinan.
0 Comments