Bantuan Awal Persekolahan dalah bantuan tunai di bawah Belanjawan 2024 yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi semua murid bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa/penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan akan datang.
Pembayaran dibuat secara one-off (sekali bayar) sebanyak RM150 kepada setiap murid mulai Januari 2024.
Bantuan BAP akan disalurkan melalui sekolah dan diagihkan kepada murid secara tunai atau kredit ke akaun masing-masing.
Murid yang layak menerima bantuan ini adalah bermula daripada darjah 1 sekolah rendah sehingga tingkatan 5 sekolah menengah sahaja. Pra- sekolah atau tadika dan Pra-Universiti atau tingkatan 6 tidak layak menerima bantuan ini.
Ibu bapa menyambut baik dengan bantuan ini, ramai mengucapkan syukur kerana meringankan beban mereka.
Diharapkan ibu bapa menggunakan bantuan tersebut dengan sebaiknya, untuk keselesaan anak-anak ke sekolah.
Kredit: Kementerian Pendidikan Malaysia
0 Comments