Berat badan turun mendadak, Muhammad Sajat hanya disyaki hidap kanser

Berat badan turun mendadak, Muhammad Sajat hanya disyaki hidap kanser


Usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 39, atau Sajat menafikan menghidap penyakit kanser

, sebaliknya doktor hanya mengesyakinya menghidap penyakit berbahaya itu selepas berat badan turun mendadak.


Berikutan itu, doktor menyarankan Sajat menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan).


"Saya hanya disyaki hidap kanser bukannya betul.


"Doktor syak ada kanser sebab terkejut tengok saya kurus mendadak sebab dia kenal saya.


"Dia tanya ada pening-pening ke? Dia periksa tekak, mata dan minta jalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh dan CT Scan.




"Biasalah doktor di sini akan tanya macam-macam bila tengok kita kurus. Lagipun, doktor tahu saya ada kad kesihatan, jadi nak buat 'claim'," katanya yang sedang menyiapkan juadah tradisional ondeh-ondeh.


Sajat berkata, berat badannya semakin berkurangan mungkin kerana mengikuti kelas tarian, pada masa sama turut menukar rutin diet.


"Saya kurus sebab masuk kelas menari, selain tukar rutin diet.


"Doktor pula bila tengok kita kurus, dia akan mensyaki bukan-bukan.


"Tak tahulah betul atau tidak, kalau betul pun biarlah. Tak kuasa, malas nak fikir. Lagipun, anda semua bukan sayang saya pun," katanya berseloroh.

Post a Comment

0 Comments