Menurut seorang pengamal undang-undang iaitu Encik Fahmi Ramli, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes perceraian di Malaysia, sebilangaan besar guru wanita sering menjadi mangsa di alam perkahwinan. Mengapa agaknya? Encik Fahmi Ramli juga menyenaraikan beberapa punca yang menyebabkan perkahwinan seorang guru wanita akhirnya menemui jalan perceraian.

Jangan kata bank yang suka suruh orang government buat loan, suami pun suka isteri dia yang seorang cikgu kerajaan buat personal loan. Sebab apa, sebab senang nak approve. Kenapa diminta untuk buat loan?
Yang ni macam-macam. Ada suami suruh buat sebab nak buat bisnes. End up, bisnes kelaut, isteri yang tanggung sampai lepas cerai. Tak bayar balik pulak. Bila diminta, melenting. Ada juga jenis tak mengaku suruh buat loan, katanya isteri ni yang nak buat.

Mentang-mentanglah dari sebelum kahwin, isteri ni dah menjadi cikgu, ada pendapatan memang tanggung sendiri. Lepas kahwin, macam tu jugalah berlaku sampai sekarang.
Ada yang isteri ni tanggung perbelanjaan rumah, bayar loan rumah, bil-bil utiliti. Bahkan, anak-anak pun isteri ni yang tanggung. Suami dia tanggung kereta mewah dan motosikal besar sahaja. Bila mintak belanja nafkah sebab tak cukup, melenting tak tentu hala.

Jangan kata cikgu tak pernah kena pukul, atau seorang ustaz sekolah tak akan pukul isterinya. Tahap pendidikan tak mencerminkan akhlak atau kesabaran seseorang. Ada yang malu nak pergi sekolah bila rakan-rakan guru yang lain melihat kesan lebam dimata.
Malu kalau nak bersemuka dengan guru lain, apatah lagi anak-anak murid. Tapi, ada yang boleh bertahan dan sabar walaupun dipukul berkali-kali, sebab memikirkan soal anak-anak berbanding diri sendiri.

Perkahwinan jarak jauh, ini sangat familiar dikalangan suami isteri yang bergelar guru. Jarang sekali nak dengar suami isteri dalam satu sekolah. Biasanya, ada yang satu negeri, tapi berlainan daerah.
Ada juga yang isteri cikgu, tapi suami kerja lain yang ditugaskan di tempat lain. Sebulan sekali sahaja berjumpa. Masalah PJJ adalah kurang komunikasi, kesetiaan dan kecuaian nafkah. Insya allah nanti saya kongsikan lebih terperinci.

Cerita bab curang ni, bukan sahaja suami, isteri pun ada yang curang. Saya tak nafi. Cuma, sepanjang kendali kes, mesti ada juga isu curang berlaku kepada seorang isteri bergelar cikgu.
Tapi, ada satu kes, suaminya juga guru, tapi kantoi curang dan bercinta dengan anak murid yang berumur 17 tahun. Bukan biasa-biasa, sampaikan dah bawak murid tersebut sampai ke Genting Highland pun, sewaktu isteri yang juga guru balik berpantang di kampung.
Apa tindakan yang biasa cikgu-cikgu wanita ini lakukan?





Sebenarnya banyak lagi alasan, tapi setiap kes dikalangan cikgu yang berlaku, inilah top 5. Bezanya, watak berbeza dan senario juga sedikit berbeza. Ada yang boleh bersabar dan berbaik dengan suami setelah dinasihati untuk kaunseling. Tapi, kalau isteri dah buat keputusan untuk failkan kes di mahkamah, itu bermakna tahap kesabarannya telah habis.
Cuma, jenis perceraian apa yang difailkan itu berbeza-beza mengikut fakta kes masing-masing. Pastinya, dapatkan nasihat yang betul sebelum bertindak dengan tindakan selanjutnya. Ada ke cikgu yang baca perkongsian ini? Betul ke tidak ini yang selalu berlaku?
Kredit: Fahmi Ramli
0 Comments