Nama DJ Lin hangat menjadi sebutan selepas ramai mengkritiknya berkenaan perselisihan bersama rakan penyampai radio, Tyzo sebelum ini.
Meskipun Pengurus Besar Suria FM itu belum memberikan apa-apa kenyataan namun masyarakat dilihat lebih berpihak kepada Tyzo. DJ Lin menyatakan akan membuat kenyataan pada hari jumaat ini berkaitan pemecatan Tyzo daripada Suria FM.
Siap ada petisyen?
Punyalah marah dengan DJ Lin, sehinggakan ada individu yang bersungguh membuat petisyen di change.org yang memintar agar DJ Lin meletakkan jawatan.
Petisyen yang dimulakan oleh individu yang menggunakan nama Mohd Faizal Legacy itu juga meminta agar segmen dikendalikan DJ Lin dibubarkan.
Kami percaya DJ Lin dari Suria FM sudah tidak lagi relevan dan kami merasakan perubahan diperlukan. Oleh itu, kami menggesa pihak pengurusan Suria FM untuk mempertimbangkan permintaan kami agar DJ Lin meletakkan jawatannya.
Mohd Faizal turut berkata menerusi Laporan Penyiaran Malaysia, data terkini menunjukkan penurunan mendadak dalam jumlah pendengar di stesen radio tersebut.
Kredit: Gempak
0 Comments