Dj Lin sebenarnya mangsa daripada kemelut pemberhentian Tyzo - Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse

Dj Lin sebenarnya mangsa daripada kemelut pemberhentian Tyzo - Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse




Selepas seminggu, sebentar tadi berlangsung sidang media daripada pihak pengurusan tertinggi stesesn radio Suria FM memberi penjelasan mengenai isu melibatkan DJ Tyzo.


Memetik mStar Online, Datuk Dr Mohd Aminuddin Mohd Rouse, Pengerusi Kumpulan Star Media Radio berkata keputusan penamatan kontrak Tyzo dibuat selepas menilai dua askpek utama dari segi jumlah pendengar dan kewangan syarikat.


Menurutnya, segmen Suria Petang yang dikendalikan DJ Tyzo tidak mencatatkan jumlah pendengar yang tinggi dan menunjukkan penurunan.


Sementara itu, Tyzo turut menolak kontrak setahun yang ditawarkan sebaliknya memilih selama enam bulan selepas memenangi anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH tahun lalu.


“Selepas ambil kira semua aspek, saya buat kesimpulan Tyzo tidak lagi berminat untuk meneruskan perkhidmatan dengan Suria. Keputusan ini saya buat dan arahan telah diberikan kepada pengurusan.


“Kemenangan Tyzo di Anugerah Bintang Popular pada Julai tahun lalu juga tidak membantu menaikkan jumlah pendengar. Malah segmen lain lagi tinggi jumlah pendengar.


Dalam pada itu, Aminuddin berkata gaji Tyzo akan tetap dibayar sehingga Mac nanti mengikut kontrak serta berharap isu tersebut ditamatkan dan idak teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang jika ada yang memberi komen yang dianggap fitnah.

Kredit: M Star

Post a Comment

0 Comments