Ella tetap anggun walau ditahap usia “opah”- "Saya menyanyi, saya bertani"

Ella tetap anggun walau ditahap usia “opah”- "Saya menyanyi, saya bertani"



Ella masih bertenaga meskipun 'berperang' dengan situasi kesihatan tidak menentu. Pemilik nama Nor Zila Aminuddin itu berkata, beliau diserang batuk teruk selama dua minggu sekali gus pernafasannya turut terjejas dipercayai akibat jerebu yang melanda negara kebelakangan ini.


Dalam usia mencecah 58 tahun, pendengaran di telinga sebelah kirinya juga turut berkurang sebanyak 70 peratus dan telinga kanan pula hanya tinggal 80 peratus.




Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Binti Aminuddin yang berumur 58 tahun, berkata bahawa dia tidak mengetahui mengenai masalahnya itu ketika menjalani pemeriksaan telinga di Global Hearing Care Centre Malaysia (GHCC).


Dia juga mengambil keputusan untuk terus menggunakan alat bantuan pendengaran.


"Ingatkan telinga saya okay. Tapi, selepas melakukan pemeriksaan, keputusan mendapati pendengaran telinga kiri berkurang kepada 70 peratus dan sebelah kanan hanya tinggal 80 peratus daripada 200 bacaan 200 peratus," katanya.


Menurutnya  lagi, "Selepas itu, saya mendapat bantuan GHCC dan saya menggunakan alat bantuan pendengaran Bernafon Alpha. Syukur, Alhamdulillah, kini masalah saya dapat diselesaikan".


Konsert jelajah

Baru-baru ini Ratu Rock tanah air Ella melakukan jelajah konsert terakhirnya yang  berjaya mencetuskan gelombang tenaga luar biasa dengan melantunkan lebih 30 lagu pada Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota.


"Alhamdulillah. Terima kasih semua. Susah hati sebenarnya, tetapi Tuhan mengizinkan pada akhirnya," ujarnya pada sidang media selepas konsert itu berakhir.





Konsert jelajah Ella telah berakhir di Kota Kinabalu.  Ella sangat terharu dengan sokongan peminat yang  sangat luarbiasa. Ini merupakan konsert akhir Ella dalam karrier nyanyiannya yang bernama  Konsert Jilid Akhir.


Fokus penanaman cili

Selepas ini, Ella akan fokus dengan usaha ladangnya dalam penanaman cili. “Sudah sampai masanya untuk saya berbakti pada tanah di negara sendiri yang boleh menghasilkan pelbagai jenis tanaman.


“Niat saya hendak mendidik masyarakat dan menjadi inspirasi kepada anak muda,” katanya.


Menurutnya, dia dan suaminya Azhar Ghazali mengusahakan tanaman fertigasi cili sejak dua tahun lalu dengan modal pusingan RM150,000 membabitkan tiga ladang berkeluasan 1.2 hektar.


“Alhamdulillah, tanaman ini sudah masuk musim keenam di mana setiap ladang mampu menghasilkan pengeluaran cili lapan tan.


“Setahun kami dapat menghasilkan dua musim di mana setiap musim dari peringkat semaian hingga menuai mengambil masa selama enam bulan. Kami menggunakan benih cili kulai 461 yang terbukti berkualiti dan baik,” katanya yang ditemui di ladangnya di Puncak Alam, dekat sini, semalam.




“Sejak kecil saya suka bercucuk tanam pokok bunga di keliling rumah. Mungkin sudah ditakdirkan jodoh dengan suami mempunyai minat yang sama dalam pertanian walaupun kami tiada asas pertanian.


“Sebelum berkecimpung dalam bidang ini, saya dan suami banyak membuat penyelidikan dan mendapatkan maklumat mengenai tanaman fertigasi cili termasuk mengikuti kursus asas pertanian.


“Saya yakin potensi perniagaan pertanian ini mampu menjana pendapatan lumayan sekiranya dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya.


Ditanya mengenai bidang nyanyian yang diceburi sejak 34 tahun lalu, Ella berkata, dia menjadikan bidang nyanyian dan pertanian sebagai kerjaya utama kerana meminati industri berkenaan.


Kredit: Berita Harian







Post a Comment

0 Comments