Farah Lee diserang, individu dakwa arwah ayahnya enggan bayar hutang

Farah Lee diserang, individu dakwa arwah ayahnya enggan bayar hutang

 






Terdapat seorang individu telah membuat hantaran menggunakan akaun Twitter yang mendakwa arwah ayah kepada influencer terkenal Farah Lee telah berhutang dengan ayahnya. Hutang tersebut sudah begitu lama tidak dibayar. Malahan individu tersebut menuduh pihak keluarga Farah dengan sengaja enggan membayar hutang. 












Namun, Farah Lee dengan bantuan peguamnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi di atas dakwaan tersebut.


Assalamualaikum w.b.t. Berkenaan kes yang kini tular di twitter berkaitan saya serta keluarga saya.


Saya Farah Lee mewakili semua ahli keluarga saya ingin menafikan semua dakwaan yang telah ditujukan kepada kami. Kami akui memang terdapat tuntutan hutang dari pihak berkenaan pada tahun 2017. Namun, memandangkan jumlah yang dituntut adalah sangat tinggi, wajar bagi kami untuk mendapatkan sebarang bukti berkenaan tuntutan tersebut.

Walaubagaimanapun, sehingga kini tidak ada sebarang bukti bertulis mahupun tidak bertulis serta tidak ada sebarang saksi yang berjaya dikemukakan kepada kami melainkan khabar angin (hearsay) semata-mata.

Jadi, kami dengan sekeras-kerasnya menolak sebarang pertuduhan ke atas kami terutama sekali ke atas arwah ayah kami. Semua kenyataan yang dibuat , ditokok tambah dan ditujukan adalah tidak benar dan kami menafikan dengan sekeras-kerasnya.

Saya telah berbincang dengan pasukan peguam saya dan kami telah bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas semua individu dan/atau pihak yang terlibat dalam penyebaran fitnah tersebut termasuklah saman fitnah bagi mendapatkan ganti rugi terhadap kerosakan imej dan reputasi kami serta gangguan yang diterima terutama saya sebagai figura awam.

Saya dengan ini menuntut semua pengguna-pengguna akaun twitter, facebook serta instagram termasuklah semua landasan media untuk memadam segala kenyataan yang bersifat fitnah dan tidak benar yang telah dibuat, ditokok tambah, disebarkan serta ditujukan kepada saya secara langsung atau tidak langsung dengan kadar segera dalam tempoh 24 jam dari kenyataan ini dibuat.

Saya juga menuntut agar semua pihak berkaitan untuk membuat permohonan maaf kepada saya secara terus dan terbuka. Sebarang kegagalan untuk membuat demikian, peguam saya tidak teragak-agak untuk memulakan tindakan saman fitnah di Mahkamah.


Diharap kes ini dapat diselesaikan dengan baik, sekiranya tiada permohonan maaf dilakukan, Farah Lee akan memulakan tindakan saman kepada indidvidu tersebut yang disifatkan telah menfitnah keluarganya dan memalukan dirinya yang secara langsung akan menjejaskan kariernya. 


Kredit:Farah Lee

Post a Comment

0 Comments