Pelakon, Dynas Mokhtar menjadi sebutan di media massa pada hari ini beliau berkongsi bahawa mendapati wang simpanan dalam akaun peribadinya lesap secara tiba-tiba.
Kata Dynas lagi, perkara tersebut disedari selepas ingin membuat pembayaran gaji pengurusnya dan wujud beberapa transaksi asing membabitkan akaun simpanan yang berada di luar pengetahuannya.
“Saya kehilangan hampir kesemua duit saya. Beberapa hari lalu semasa saya pulang ke rumah dari menjalani penggambaran, saya mahu bayar gaji pengurus.
“Selepas itu, baru saya sedar hampir semua duit saya hilang. Saya cuma ada akaun semasa iatu debit kad tetapi tiada kad kredit.
“Apabila saya periksa kenyataan bank, ada pemindahan duit yang pelik menggunakan mata wang negara lain,” katanya menerusi hantaran Instagram semalam.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu berkongsi butiran selanjutnya mengenai bank mahupun jumlah kerugian.
“Saya tidak boleh dedahkan lebih lanjut kerana masih dalam siasatan. Saya sudah buat laporan polis.
“Ramai yang bantu saya ketika ini tetapi doakan saya dapat kembali wang saya.
“Saya tidak mahu benda ini berlaku kepada orang lain. Sekarang bukan hanya klik pautan tetapi nombor kad debit juga perlu berhati-hati,” ujarnya lagi.
Beliau juga memberi saranan agar orang ramai menyimpan wang di tempat yang lebih selamat.
“Kalau orang tiru kad awak, (memang) habis. Ini simpanan dan itu sahaja yang ada. Kononnya tidak mahu berhutang tetapi semua wang tunai hilang,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Puan Nurul Afida iaitu seorang pegawai bank berkata, "walaupun saya bekerja di bank, saya pun tak percaya bank, sorry guys terlalu jujur", katanya.
Menurut Puan Afida, jumlah duit dan transaksi serta segala data pelanggan di dalam bank semuanya boleh diketahui dengan mudah oleh pegawai bank hanya dengan memasukkan nombor kad pengenalan. Oleh yang demikian, kehilangan duit boleh terjadi jika data tersebut di tangan orang yang tidak amanah.
Malahan ramai netizen telah berkongsi pengalaman yang 'scary' dengan bank
Wena Weng - nak pinjam duit sebab tahu dalam bank akaun ada banyak duit
AMBA water fall - Duit 15 ribu hilang, pihak bank kata tak boleh buat apa, kalau nak tutup akaun je boleh
Kredit: Dynas Mokhatar, Nurul Afida
0 Comments