“Happy Birthday Brother! kami takkan lupakan kau, walaupun kami masing2 kerja dan kau di negara abadi“ - Achey

“Happy Birthday Brother! kami takkan lupakan kau, walaupun kami masing2 kerja dan kau di negara abadi“ - Achey

 


10 Februari 2020 saat paling sedih buat dua orang sahabat Abam (Syed Umar Mokhtar Bin Syed Mohd Redzuan) iaitu Fad dan Achey. Bagaikan hilang sebelah sayap, demikianlah kata-kata paling tepat untuk menggambarkan keadaan kumpulan pelawak terkenal Bocey ketika ini.


Arwah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak bernama Syed Uthman Hamzah.



Semalam Achey di facebooknya memuatnaik status mengenai kelahiran arwah Abam.

Kami takkan lupakan kau, walaupun kami masing2 kerja dan kau di negara abadi. 


Happy birthday brother… mudah skit ingat..sbb birthday kau sama dengan kakak aku.

..

Kesedihan takda .. rindu je ada ni… kenapa kesedihan tu hilang?… sbb kau orang baik… aku kena bangga.. bukan sedih… 

..

Sekarang berborak dengan @fadbocey semuanya kelucuan kita yang lalu je… sbb benda tu boleh buat mcm kau ada dengan kami.. penat rasa kehilangan kau.. walaupun penat tu berbaloi bagi kami untuk terus doakan kau..jadi solutionnya sentiasa bercerita pasal kita.. SESAMA KITA…santai dan lebih tenang untuk sentiasa mengingati kita bertiga…

..

Walaupun fad ada kerja dia, aku ada kerja aku dan kau di negeri abadi… kalau aku jumpa fad konsepnya sekarang itulah seperti di atas.. bercerita dan terus bercerita…

"




Terdahulu arwah mengalami demam panas tapi tidak ke hospital, arwah mengalami demam yang teruk sehingga sakit kepala.

Salam Takziah & Alfatihah Abam 



Post a Comment

0 Comments