Hari ini Fizi Ali telah mengeluarkan kenyataan berkait penyondol dalam rumah tangga mereka. Menurut Fizi punca penceraiannya bersama Shakila Khoriri disebabkan oleh orang ketiga yang hadir dalam rumah tangga mereka.
Orang ketiga tersebut mempunyai hubungan istimewa dengan isterinya. Sehingga ke hari ini, Fizi Ali seakan menyindir Shakila yang tidak membenarkan dia berjumpa dengan anaknya akan tetapi, anak kandungnya boleh pula berjalan berpegang tangan dengan penyondol lelaki tersebut.
Malahan, Fizi Ali menyindir keluarga Shakila yang menerima baik penyondol lelaki itu untuk dijadikan menantu. Fizi menengaskan, Shakila tidak perlu berlakon dikhalayak umum untuk menangih simpati kerana punca penceraian mereka disebabkan kecurangannya.
Kami berharap, kedua belah pihak dapat menemukan titik persefahaman untuk menyelesaikan masalah selepas perceraian yang tidak berkesudahan ini. Ia secara tidak langsung akan menjejaskan emosi dan mental anak mereka.
0 Comments