Hari tanpa seluar, satu lagi kerja gila yang menjadi buadaya di Barat

Hari tanpa seluar, satu lagi kerja gila yang menjadi buadaya di Barat



Sebagai rakyat Malaysia kita perlu bersyukur kerana dilahirkan dengan menjunjung budaya ketimuran dan adab sopan yang tinggi dalam  masyarakat. Kita tidak terikut dengan budaya pelik yang menghilangkan rasa malu dan merendahkan maruah diri seperti  budaya 'No Trousers Tube Ride' ini yang sudah menjadi trend di New York, AS.


Tradisi ini juga berjalan di London, sehingga hari ini 'No Trousers Tube Ride' atau 'No Pants Day' di lakukan di dalam kenderaan awam terutamanya kereta api bawah tanah.


Setiap tahun di awal bulan Januari, sekelompok warga London akan berkumpul untuk naik kereta api bawah tanah tanpa mengenakan seluar. Mereka tidak melakukan sesuatu yang istimewa, mereka akan bertindak senormal mungkin meskipun tidak memakai seluar.




Sejarah

Hari Tanpa Seluar adalah acara tahunan di pelbagai negara yang disambut secara meluas pada tahun 2000-an. Ia disambut  pada hari Jumaat pertama pada bulan Mei dan melibatkan pemakaian secara terbuka hanya pakaian dalam pada bahagian bawah badan.

 


No Pants Day (Hari Tanpa Seluar) asalnya daripada sebuah parti tidak formal, ia adalah perayaan bagi pelajar semester akhir di University of Texas di Austin. Selepas kira-kira 15 tahun diraikan setiap Mei, Knighthood of Buh iaitu sebuah kelab komedi mengisytiharkan "No Pants Day" sebagai cuti pelajar pada tahun 2000. Pada tahun 2003, The Austin Chronicle menyebut parti "No Pants Day" di Austin  sebagai "percutian tempatan terbaik" di bandar ini. Acara ini mendapat tarikan di negeri-negeri lain dan beberapa bahagian Kanada serta Perancis, Sweden, Australia, Finland, dan Britain.


Pada tahun 2021, syarikat kasut Reebok menggunakan "No Pants Day" untuk melancarkan model terbaru  kasut mereka bernama EasyTone dengan mengupah model kecergasan untuk berjalan di sekitar kereta api bawah tanah Taiwan semasa waktu perjalanan puncak. Model-model tersebut memakai pakaian perniagaan rasmi di bahagian atas tetapi tanpa seluar. Kempen ringkas itu tular, dengan seratus media penyiaran mengambil bahagian dan meliputi semua saluran berita Taiwan. 





Tahukah anda? Wanita adalah peserta paling ramai menyertai "No Pants Day" berbanding lelaki.

Pada tahun 2022 sahaja terdapat hampir 800 kes jenayah seksual terjadi di dalam kereta api bawah tanah di London, dan sebahagian besar kes terjadi ke atas wanita.


Adakah ini kerja gila? Apa pendapat anda?

Post a Comment

0 Comments