Menerusi hantaran sekeping foto di Instagram Hidayah, turut kelihatan seorang lelaki yang bersongkok hitam dan memakai baju kemeja lengan pendek berwarna biru gelap, menghadap ke arahnya
Hidayah juga hanya meletakkan dua emoji hati berwarna biru cair, tanpa kapsyen pada foto bersama lelaki yang mencetus tanda tanya sama ada ibu tunggal anak satu berkenaan sudah dirisik orang.
Melihatkan warna sedondon dipakai Hidayah dan lelaki berkenaan dengan disulami senyuman manis usahawan wanita itu, apakah dia kini mungkin sudah menemui 'pengganti' yang bertakhta di hati?
Meninjau ke ruangan komen dalam hantaran, ribuan komen mengucapkan tahniah kepadanya serta rata-rata netizen menyifatkan dia layak menjalani kehidupan bahagia.
Alhamdulillah, tumpang gembira untuk Dayah, komen netizen.
Cantik... tahniah, semoga kebahagiaan sentiasa bersama dengan awak, tulis seorang lagi warga maya.
Tahniah Dayah... doa yang baik-baik untukmu, komen pengikutnya.
Ramai yang doakan, tahniah, semoga dipermudahkan segala urusan, tulis warganet.
Terdahulu, Hidayah pernah mendirikan rumah tangga dengan arwah Abam pada 8 Disember 2017.
Hasil perkahwinan, mereka memiliki cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4.
Bagaimanapun, jodoh pasangan ini tidak panjang apabila arwah Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.
0 Comments