"Ingin balas jasa dan pengorbanan ayah" - Anak yatim terpaksa berhenti belajar untuk jaga bapa yang sakit

"Ingin balas jasa dan pengorbanan ayah" - Anak yatim terpaksa berhenti belajar untuk jaga bapa yang sakit


Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan seorang pemuda yang sanggup menjaga bapanya yang terkena serangan strok pada tahun 2016 hingga menyebabkan dirinya lumpuh dah sukar bergerak.


Dalam video berkenaan, lelaki ini yang dikenal sebagai Abdul Muqmin terlihat memandikan bapanya, Mazni Abdul Hamid yang sukar untuk bergerak itu. Dia juga lah yang memakaikan lampin, pakaian serta mengetip kuku jari bapanya itu.


Semoga Allah meluaskan rezeki mu dik 😔(Video) 



Korbankan pelajaran & kerja

Menurut laporan, Muqmin ini sanggup meninggalkan pengajian dan pekerjaannya demi menjaga ayahnya yang memerlukan penjagaan di rumah sepenuh masa itu. Katanya, dia ingin membalas jaga baik dan pergorbanan ayahnya selama ini.

Tipu la kalau saya tak teringin nak bina kerjaya, tapi saya sanggup tak bekerja untuk menjaga abah. Saya tolak semua tawaran untuk sambung belajar, termasuk dalam bidang perkapalan.

Bukan itu sahaja, difahamkan juga Muqmin ini tinggal hanya bersama bapanya dan kakak sulungnya yang bekerja sebagai kerani selepas ibunya meninggal dunia enam tahun lalu akibat kanser payudara.


Kredit:tiktok


Post a Comment

0 Comments