Foto: Malaysia Kini |
'Jual murah orang bising, jual mahal lagi orang bising', zaman sekarang nak survive kena pandai cari peluang atau jalan bagaimana nak laku jualan kita selagi tidak melampaui batas syarak.
Ini apa yang terjadi pada seorang peniaga 'nasi bajet' Nurul Hashima 43, baru-baru ini dia telah dimarahi pelanggan kerana menjual nasi berlauk dengan hanya RM3.50.
Nurul Hashima kini berada di lokasi Kota Damansara Sungai Buloh, beliau berniaga di sana dan juga menetap di sana.
Antara alasan diberi pelanggan itu adalah Hashima telah menutupi rezeki peniaga makanan lain.
"Awak ni nak tutup periuk nasi peniaga lain ke?
"Kalau awak jual macam ni, macam mana peniaga lain nak hidup?, kata seorang lelaki yang nampak kejadian dan diceritakan di laman X.
Walaubagaimanapun, Hashima berkata dia tidak komen apa-apa bila dimarahi bahkan beliau memberi nasi percuma kepada pelanggan itu dan dia ambil sahaja nasi itu.
Mungkin pelanggan itu berasa malu kerana ada pelanggan lain datang, ambil nasi terus berlalu pergi.
"Saya tidak tahu niat sebenar pelanggan itu, dia datang bercakap dengan nada kasar".
Bagi Hashima pandangan orang memang berbeza, kita terima, tetapi niat dia menjual dengan harga itu hanya mahu berniaga sambil bersedekah.
"Ada juga seorang pelanggan tu, akak naikkan la 0.50 sen lagi sebab rugi jual murah", tetapi apa yang berlaku datang pelanggan lain berkata, "kenapa naikkan 0.50 mahalla", serba tak kena.
Nurul Hashima juga berkata saya berniaga ni mampu membayar yuran pengajian anak yang kini belajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
0 Comments