Kalajengking boleh bawa maut? cara Kalajengking mengawan sangat 'rare', info melalui pembacaan!

Kalajengking boleh bawa maut? cara Kalajengking mengawan sangat 'rare', info melalui pembacaan!

  


Betulkah Kalajengking boleh membawa maut?


Seorang ranjer hutan berasal dari Sabah ini banyak berkongsi tentang ilmu-ilmu haiwan di hutan, akaun tiktok @karabawmonster itu cecah 800 ribu follower. 


Sebelum ini beliau menjadi buah mulut apabila meluruskan fahaman orang awam mengenai bunyi sebenar Ular tedung selar yang disalah ertikan selama ini. 


Hari ini sedikit info tentang Kalajengking menjadi tular. 



Fizikal Kalajengking ada 4 kaki, dihadapan mempunyai cengkaman seperti lobster atau ketam, di belakang ada ekor yang panjang dan stinger tempat venom atau racun dilepaskan.




Kalajengking apabila hendak makan atau mematikan musuh dia, dia akan menyepit musuhnya terdahulu sebelum stinger akan meracuni musuhnya sampai hancur. 


Sengatnya juga untuk lumpuhkan mangsa dan menyelamatkan dirinya, tetapi Kalajengking juga jarang menggunakan sengatnya ini kerana untuk hasilkan venom atau bisanya mengambil masa yang lama.





Rambut-rambut atau bulu yang terdapat pada Kalajengking adalah untuk mengesan pergerakan sekeliling, dan juga perubahan suhu. Memang sangat sensitif bulu pada badan Kalajengking, ini kerana melalui bulu, mereka dapat mengesan sesuatu pada keadaan sekeliling sama ada bentuk fizikal musuhnya  besar atau kecil.


Kalajengking juga boleh menyimpan makanannya dengan sangat lama di dalam perut, ini menyebabkan Kalajengking mampu tidak makan selama berbulan-bulan. 


Kalajengking juga kehidupannya aktif pada waktu malam, mereka akan keluar dari lubang-lubang tanah, lubang dahan pokok. Ia hanya akan berjalan di sekitar kawasannya sahaja, apabila terancam mereka akan cepat bersembunyi di kawasannya terutama dalam lubang-lubang.


Kalajengking Berjantina Jantan Dilihat Mundar Mandir


Pernah nampak situasi seperti ini, ia adalah proses awal Kalajengking jantan ingin mencari betinanya untuk membuat proses mengawan.





Di lubang bawah badan betina ini akan mengeluarkan satu 'Feromon' ataupun tanda, dari situ Kalajengking jantan akan menghidu bau Feromon dan ia tahu ada Kalajengking betina ingin mengawan.




Proses Mengawan Terjadi


Apabila si jantan dan betina sudah bejumpa, mereka akan mula lakukan proses mengawan, caranya pengepit mereka akan memegang satu sama lain, dan menolak-nolak.




Siapa yang kuat sorong atau menolak, dialah menjadi juara dan mengawal situasi mengawan. Fakta penting, bila Kalajengking betina mendominasi boleh jadi betina itu akan makan Kalajengking jantan. Jika jantan yang mengawal, ia akan membawa betina menari-nari kesana kesini, mulalah jantan akan menjatuhkan  spermanya.





Apabila sperma sudah berada di bawah badan betina, lengkaplah proses mengawan mereka. 


Setelah selesai mengawan, mereka baliklah ke sarang masing-masing, ada sesetengah spesies mengambil masa dua bulan untuk beranak, ada juga hingga 18 bulan untuk beranak.


Kalajengking beranak?


Ya, Kalajengking beranak tapi dengan proses bertelur dalam badan, dengan itu berlakulah proses mengeram hingga beranak. 





Kalajengking akan menjaga anak mereka, memberi makan sehingga anak mereka tukar kulit satu kali. Selepas itu anak kalajengking akan mula berdikari.


Kalajengking dikategori menjadi dewasa apabila mencapai 9-10 kali proses tukar kulit.


Adakah Kalajengking boleh membawa maut? 


Terdapat lebih kurang 2000 spesies Kalajengking di dalam dunia, betul-betul yang boleh membawa maut ada 20 jenis spesies sahaja. 


Kebanyakan yang bawa maut berada di Afrika, dan Amazon, bisanya yang sangat kuat. Di Asia, Kalajengking bisanya tidak terlampau kuat untuk membunuh manusia kecuali terdapat alahan teruk dan menjadi mudarat apabila terkena bisanya. Rasa tetap sakit apabila disengat tapi tidaklah kuat untuk membunuh seperti sengatan tebuan.


Amaran, untuk bayi, orang-orang tua dan yang mengalami alahan teruk juga dinasihati berjaga-jaga dengan sengatan Kalajengking.


Semoga info ini membawa manfaat kepada anda semua.

Kredit: Karabaw monster tiktok


Like, Follow & Share Kisah Jalanan dotcom

Post a Comment

0 Comments