Kempen "Geng Subuh Macam Jumaat" tular hingga ke Singapura, penyanyi Taufik Batisah laung azan subuh di Masjid Mujahidin

Kempen "Geng Subuh Macam Jumaat" tular hingga ke Singapura, penyanyi Taufik Batisah laung azan subuh di Masjid Mujahidin

 


Alif Satar memperkenalkan insisatif sebagai satu pembakar bakar semangat untuk anak muda beramai-ramai mengimarahkan masjid pada waktu Subuh dan inisiatif #gengsubuhmacamjumaat sudah mencetuskan fenomena.




Nampaknya, inisiatif ini bukan sahaja menerima sambutan baik dalam kalangan rakyat Malaysia tetapi sudah mula diikuti negara jiran, Singapura.

Menerusi satu perkongsian penyanyi Singapura, Taufik Batisah memaparkan dirinya melaungkan azan untuk kempen terbabit yang dianjurkan oleh syarikat Al Fajr di Masjid Mujahidin.

Perkongsiaan tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen terpesona dengan suara merdu Taufik ketika melaungkan azan.

Menjengah ke ruangan komen, dapat dilihat Taufik teruja untuk sertai lagi kempen ini dan Alif Satar turut meninggalkan komen berharap satu hari dirinya turut dapat bersama-sama dengan warga Singapura untuk solat subuh bersama.



Post a Comment

0 Comments