Kes kematian Bella: Ramai tanya bagaimana mengurus mayat yang tinggal rangka?

Kes kematian Bella: Ramai tanya bagaimana mengurus mayat yang tinggal rangka?



Isu mayat yang tidak sempurna ini tercetus berikutan penemuan mayat Bella yang hilang pada 14 Disember tahun lalu. Ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.


Bagaimanapun, selepas tarikh itu, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja. Sehingga 19 Januari 2024 mayat Bella telah dijumpai dengan sisa rangka yang tidak lengkap. 


Wujud pelbagai persoalan daripada kalangan netizen.


Bagaimana cara menguruskan mayat yang tidak sempurna?

 

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, rangka tersebut perlu diuruskan dan dikebumikan sehingga setakat mana yang ditemui serta ianya boleh disatukan walaupun ianya tidak lengkap seperti mayat yang sebenar.


Jelasnya, sekiranya rangka yang ditemui itu tidak lengkap, penyempurnaannya sama seperti jenazah yang lengkap yang perlu dimandikan sehinggalah rangka tersebut dikebumikan.


“Kita telah maklum berkenaan penemuan rangka manusia di Tongkang Pechah dekat sini, baru-baru ini. Sebagai maklum balas pertama saya sekiranya ianya rangka itu milik individu beragama Islam ia perlu disempurnakan macam uruskan mayat yang sebetulnya". 




Menurut encik Haikal Taufek seorang pengurus jenazah, mandian untuk jenazah yang tidak sempurna kena dahulukan siraman air mutlak terlebih dahulu kemudian diikuti air sabun, air limau purut, kapur barus dan daun bidara.


Selain itu, netizen turut bertanya keadaan tulang mayat yang dijumpai.



Ingatkan rangka tu jadi selonggok macam tu, tapi nampak macam mayat biasa juga eh? 

 




Tetapi Puan Azlina membalas, forensik akan menyusun mengikut bentuk asal, saya ada pengalaman tengok forensik susun tulang orang terbakar rentung, memang tak sangka dorang susun boleh jadi bentuk manusia.


Arwah Bella atau nama sebenarnya Mira Sharmila Samsusah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang Jaya, Batu Pahat. Takziah pada keluarga mangsa.










 

Post a Comment

0 Comments