Seorang lelaki warga Pakistan telah rebah tidak sedarkan diri dilaluan kaki lima bangunan di Jalan Setia Bagan Serai pada jam kira -kira 8.05 malam ini. Menurut rakannya,si mati berasal dari Lahore Pakistan.
Katanya,si mati dahulunya bekerja sebagai buruh ladang di Bagan Datuk dan baharu tiga hari menetap di kawasan Sungai Bogak untuk bekerja diladang yang berhampiran.
Kata rakannya lagi,mangsa telah mengadu sakit di bahagian dada pada senja tadi dan dibawa oleh dua rakannya bagi mendapatkan rawatan di Klinik Bagan Serai namun sebaik sahaja sampai dihadapan Klinik mangsa telah rebah tidak sedarkan diri.
Pegawai Kesihatan yang datang membuat pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia. Jenazah telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Parit Buntar untuk tindakan selanjutnya.
0 Comments