Pelakon Isma Aliff masih terlantar akibat strok, ramai rindukan lakonan dan lawak darinya





"Saya belum boleh makan nasi dan hanya bergantung kepada susu khas yang berharga lebih RM100. Jadi tenaga saya masih belum ada.


"Selain itu, saya kena buat urutan terapi untuk pulihkan strok. Saya boleh bergerak tapi agak sukar juga dalam keadaan sekarang.

"Saya dah mulakan urutan secara ringan. Insya-Allah dengan urutan dan akupuntur mungkin keadaan saya akan bertambah baik."

Itulah kata artis serba boleh era 1980-an, Isma Aliff yang sudah dibenarkan keluar dari Hospital Ampang, Jumaat lalu dan kini berada di kediaman ibunya di Ampang Jaya.

Baru-baru ini, Isma, 60, dan ibunya berusia 79 tahun yang turut terlantar sakit itu menerima dua katil sumbangan sebuah masjid dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersimpati dengan mereka.




Ketika ditanya mengenai keadaannya, Isma menjelaskan, dia masih tidak boleh makan secara normal dan bergantung kepada susu yang disalurkan menerusi tiub.

Sementara itu, adiknya iaitu Shamsidah Ismail, 57, berkata, dia akan menguruskan abang dan emaknya termasuk menukar lampin pakai buang mereka setiap hari.

"Segala-galanya saya buat. Kadang-kadang kalau saya tak sempat, jiran akan datang bantu tengokkan," tuturnya.

Sebelum ini, Isma Aliff dilaporkan kritikal dan ditidurkan selepas dikesan mengalami jangkitan pada jantung dan paru-paru.

Pada 15 Disember lalu, Isma ditahan di hospital kerana tiba-tiba diserang angin ahmar selepas mengadu sakit kepala, selain badannya kebas.

Shamsidah mulanya membawanya ke klinik berhampiran tetapi doktor nasihatkan agar membawa abangnya itu ke bahagian kecemasan Hospital Ampang dan dia ditahan di sana.


Latar Belakang

Muhammad latiff Bin Ismail (60)  lebih dikenali sebagai Isma Aliff, lahir 24 Julai 1964) merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengacara, penghibur dan pelawak Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang seni di tahun 1986 yang popular menurusi rangkaian RTM.

Isma dilahirkan pada 24 Julai 1964, di Kuala Lumpur. Beliau berkahwin dengan Norha Binti Rafie sekitar tahun 1986 dan mempunyai dua orang anak yaitu Norismalina dan Muhammad Aliff.



Isma Aliff terkenal bersama Mr Os di lewat 80an. Filem yang dibintangi kedua pelakon tersebut seperti Kembar Siam (1989) mengangkat Isma menjadi duo bersama Os di rancangan RTM. Isma juga turut membentuk kumpulan bersama Mr. Os di tahun 2013 dalam program Maharaja Lawak Mega 2013. Sebelum itu, Isma merupakan juri tetap kepada Raja Lawak.

Isma juga mebintangi filem-filem seperti marah-marah Sayang, Jaket Biru, Sayang ibu.  Di drama, Isma bintangi Romeo yang diarahkan oleh Aziz M. Osman di tahun 2000.

Selain berlakon dan berlawak, belaiu juga mempunyai empat buah album sendiri di tahun puncaknya. Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.


Post a Comment

0 Comments