Penat dan lapar!! Murid sekolah terpaksa mandi lumpur untuk kembali ke sekolah yang jaraknya 70KM daripada rumah

Penat dan lapar!! Murid sekolah terpaksa mandi lumpur untuk kembali ke sekolah yang jaraknya 70KM daripada rumah




Itulah antara luahan empat murid yang terpaksa berjalan kaki meredah lumpur untuk ke sekolah mereka iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Magandai, Kota Marudu, Sabah.

Kisah sedih itu dipaparkan menerusi dua video yang dikongsi pengguna Facebook: Moniq Cfrndz. Difahamkan, wanita yang dipercayai seorang guru telah merakam keadaan yang terpaksa ditempuhi kanak-kanak berkenaan.

Video berdurasi 38 saat dan 23 saat yang mendapat perhatian warga maya, menunjukkan perjalanan penuh liku dan cabaran murid-murid SK Magandai.

“Terlalu kecil untuk menanggung kesusahan seperti ini. Awalnya mereka naik kereta Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SK Magandai...bagaimanapun kereta rosak di tengah jalan.

"Murid-murid ini teruskan perjalanan sampai di pondok atau rumah Encik Jupilin dan bermalam di situ, nasib baik ada orang dewasa juga temankan,” tulis hantaran itu.

Sambung pengguna Facebook itu lagi, keesokan harinya barulah mereka meneruskan perjalanan ditemani hujan berterusan dan jalan yang berlumpur.

"Sedih, luluh hati melihat mereka berjalan jauh untuk pulang ke sekolah. Semoga murid-murid ini diberkati dan tetap bersemangat untuk belajar dan rajin datang ke sekolah.




"Tidak boleh bayangkan kalau keadaan ini terjadi dengan anak-anak kita," katanya.

Bagaimanapun, dalam hantaran tersebut, pemilik akaun bukan mahu menyalahkan sesiapa disebabkan keadaan cuaca yang tidak boleh dijangka.

Beliau mohon, pihak bertanggungjawab dapat perbaiki jalan berkenaan sekiranya cuaca sudah semakin pulih.

"Harap-harap kalau kering sudah tanah dan masuk musim kering, percepatkan buat jalan Magandai. Kami pun mahu merasa jalan berturap dan lebih baik dari yang ini.

"Sudah tiga minggu guru-guru wanita tidak dapat turun ke Pekan Kota Marudu,” catat hantaran itu lagi.

Sehingga kini, hantaran tersebut mendapat 468 perkongsian dan 74 komen daripada warganet yang rata-ratanya melahirkan simpati terhadap nasib dihadapi murid-murid SK Mangadai.

Kredit: Berita harian

Post a Comment

0 Comments