Pengurus Peribadi Minta Maaf, Kerana Terbagi Puteri Sarah Liyana Vape

Pengurus Peribadi Minta Maaf, Kerana Terbagi Puteri Sarah Liyana Vape



Kecoh baru baru ini apabila Puteri Sarah Liyana menghisap vape ketika bersiaran langsung.


Ianya membuatkan ramai mengkritik pelakon wanita itu sambil mengingatkannya bahawa vape adalah rokok cuma dalam bentuk elektronik.


Pembantu peribadi kepada artis itu bernama Acu, kemudian tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, semua itu kekhilafan oleh dia bukannya Puteri Sarah.

@lilyanna_layola #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #andiarsyil #puterisarahliyana #lumier #lumierskincare #lumierskincarehq #pigment #trending #viral #viraltiktok ♬ original sound - LUMIER by Puteri Sarah Liyana






Ketika itu Puteri Sarah Liyana sedang membebel, dan dia pula menghulurkan peranti elektronik itu yang terus dihisap oleh Puteri Sarah.


Menurut Acu, dia tidak berniat untuk mengajar artis itu tabiat buruk itu. Dan dia meminta maaf. Insiden itu menurutnya berlaku terlalu spontan.


Puteri Sarah Liyana sendiri turut meminta maaf di atas kekhilafannya. Sambil menjelaskan bahawa vape yang dia hisap itu adalah vape yang dibeli di Jakarta yang tidak ada nikotin.


Acu memulakan penjelasan bahawa vape itu bukan milik PSL, tetapi miliknya.


Acu sebenarnya mengambil pendekatan menghisap vape tanpa nikotin sebagai langkah untuk berhenti merokok. Dia mengakui dia seorang perokok tegar.


“Acu nak jelaskan ok. Tadi sedang PSL membebel, Acu pun bagi dia vape ni. Ini Acu punya tau. Sejak Acu kenal PSL, Acu dah kurang merokok. Acu sebenarnya perokok tegar. Sehari dua kotak rokok.

Post a Comment

0 Comments