Persatuan Ulama Muslim Dunia telah mengeluarkan fatwa seruan Jih@d ke atas negara-negara Islam untuk membantu G@zaa

Persatuan Ulama Muslim Dunia telah mengeluarkan fatwa seruan Jih@d ke atas negara-negara Islam untuk membantu G@zaa



Baru-baru ini tular sebuah video daripada Persatuan Ulama Muslim Dunia yang telah mengeluarkan fatwa iaitu:

Untuk membebaskan G@za daripada genosid, pemerintah negara-negara Islam perlu segera menggerakkan tentera mereka sesuai dengan Syariah Islam. 


Menurut Islam, orang muslim itu adalah bersaudara. Ia diumpamakan sebagai satu anggota badan, jika sakit salah satu anggota badan maka sakitlah keseluruhan badan. Ini berdasarkan hadi nab SAW iaitu: 


حَدِ يث عَبْدِاللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِ اللهُ عَنهُمَا. أنَّ رَسُولَ اللهِ صلّي اللهُ عليهِ
وَسَلّمَ ، قَالَ : الْمُسْلِمُ أَخُوالْمُسْلِمِ ، لَا يَظْلِمُهُ ، وَلاَ يُسْلِمُهُ . وَمَنْ كَانَ فِى
حَاجَةِ أَخِيهِ . كَانَ اللهُ فِى حَاجَتِهِ . وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً ، فَرَّجَ اللهُ
عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ اْلقِيَامَةِ. وَمَنْ سَتَرَمُسْلِمًا ، سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ اخرجه البخاري فى : – كتاب المظالم: – باب لايظلم المسلم المسلم ولايسلمه .

Maksudnya: Abdullah bin Umar r.a. berkata : Rasulullah saw. Bersabda : Seorang muslim saudara terhadap muslim yang lain, tidak menganiayanya dan tidak akan dibiarkan dianiaya orang lain. Dan siapa yang menyampaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menyampaikan hajatnya. Dan siapa yang melapangkan kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melapangkan kesukarannya di hari kiamat, dan siapa yang menutupi aurat seorang muslim maka Allah akan menutupinya di hari kiamat. (Bukhari, muslim).



. قَالَ عَبْد اللَّهِ حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ قَالَ أَخْبَرَنَا سَيَّارٌ عَنْ خَالِدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْقَسْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِجَدِّهِ يَزِيدَ بْنِ أَسَدٍ أَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ - أحمد

Maksudnya: Abdullah berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar telah menceritakan kepada kami Hutsaim berkata; telah mengabarkan kepada kami Sayyar dari Khalid bin Abdullah Al Qasri dari ayahnya sesungguhnya Nabi Shallallahu'alaihiwasallam bersabda kepada datuknya, Yazid bin Asad, "Cintailah kepada manusia sebagaimana kamu mencintai dirimu." (Ahmad)


Sementara itu, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata dalam ucaptamanya di Hari Memperingati Genosid 2024 (GMD) semalam, Malaysia perlu menimbangkan untuk melakukan intervensi secara konsisten dan menggunakan langkah perundangan bagi menyokong rakyat Palestin dalam kerangka perundangan antarabangsa.




Beliau berkata negara ini mesti memberi tekanan kepada pendakwa di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan untuk melaksanakan siasatan terhadap jenayah dilakukan Israel dengan lebih serius.

"Saya telah berbincang dengan sejumlah pakar perundangan, dan mereka menjelaskan kepada saya bahawa pemimpin Israel boleh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Malaysia oleh Peguam Negara sama ada bagi pihak mangsa di Gaza yang boleh dibawa ke Malaysia untuk rawatan atau rakyat Malaysia yang berada di Gaza semasa genosid," katanya.

Syed Hamid merupakan tetamu di GMD 2024 yang didedikasikan untuk memperingati dan meningkatkan kesedaran mengenai sikap tidak berperikemanusiaan sesama manusia yang berlangsung di Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia, di sini pada Ahad.
Beliau berkata ICC cuba mengelak daripada menjalankan tanggungjawabnya secara serius dalam isu Palestin, tidak seperti tindakan segera dilakukannya di Ukraine.
Beliau berkata walaupun Malaysia bukan sebahagian daripada pihak dalam Statut Rom, dan maka dalam perhimpunan negara-negara yang menyertai perjanjian itu, mereka masih boleh menunjukkan dwistandard pihak pendakwaan dan siasatan yang perlahan.
"Kita telah diminta untuk meratifikasi Statut Rom dan menyertai mahkamah itu oleh banyak negara Barat. Sekarang saya tanya kenapa kita perlu ratifikasi, jika mahkamah itu dipolitikkan?
Seolah-olah ia sebuah mahkamah hanya untuk musuh-musuh Barat dan pemimpin Afrika," katanya.
Syed Hamid juga menggesa Malaysia supaya tidak menjadi sebahagian daripada "kesenyapan" ini dan menggunakan pengaruh diplomatik dan ekonomi untuk membawa perubahan ketara dengan libat urus bersama badan antarabangsa dan menyokong penyelesaian yang mengutuk tindakan sedemikian.
Baru-baru ini, Malaysia menegaskan sokongannya kepada tindakan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam mendukung keadilan dan mengutuk penindasan Israel di Palestin.



Tahun ini Malaysia menjadi sebahagian daripada inisiatif penting ini yang dianjurkan oleh Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Citizen's International Malaysia, Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA), and IAIS Malaysia.
GMD dimulakan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Antarabangsa (IHRC) pada 2010 untuk memperingati genosid yang masih berlangsung dan pada masa lampau sambil menyokong pencegahannya.
Sejak itu, acara berkenaan berlangsung di seluruh pelosok dunia dan menarik penyertaan pelbagai penceramah, peserta dan aktivis dari semua latar belakang politik, agama dan kaum, membuka mata mengenai perbuatan genosid yang tidak diberikan pendedahan secukupnya oleh media utama.
Kredit: BERNAMA

Post a Comment

0 Comments