Siapakah Anisha Rosnah? Kenali gadis pilihan Putera Mateen

Siapakah Anisha Rosnah? Kenali gadis pilihan Putera Mateen

 



Prince Mateen (32)  atau nama sebenarnya Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah merupakan pewaris Kesultanan Negara Brunei Darussalam. Baru- baru ini, kerajaan Brunei telah mengumumkan yang Putera Mahkota mereka iaitu Pengiran Muda Mateen akan melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihan hati Anisha Rosnah. 


Perkahwinan mereka berlangsung selama 10 hari  yang bermula pada:


 7 Januari 2024

Majlis Istiadat Bersuruh DiRaja


8 Januari 2024

Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-jaga


9 Januari 2024

Majlis istiadat Menghantar Tanda DiRaja dan Pertunangan DiRaja dan Majlis Istiadat Menerima Tanda DiRaja dan Pertunanagan DiRaja. 


10 Januari 2024

Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja


11 Januari 2024

Akad Nikah


14 Januari 2024

Resepsi di Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja


15 Januari 2024

Majlis Persantapan Diraja


16 Januari 2024

Majlis Istiiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga


Siapakah Anisha Rosnah? 




Bagi yang tertanya-tanya siapakah gerangan bakal suri hati Putera Mateen ini, jom kita kenali serba sedikit tentang Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam.


Rupanya, Anisha Rosnah adalah cucu dari Pehin Datuk Isa, penasihat khusus Sultan Brunei.


Nama penuh Anisha ialah Dayang Anisha Rosnah binti Adam. Beliau juga popular dengan nama Anisha Isa-Kalebic.Nama Isa-Kalebic merupakan gabungan nama keluarga sebelah ibu dan ayahnya.


Mendapat pendidikan di salah sebuah universiti terkemuka di luar negara. Anisha juga merupakan seorang usahawan. Beliau memiliki perniagaan fesyen yang dikenali dengan nama Silk Collective. Busana yang dijual jenama ini menampilkan pakaian yang dihasilkan daripada sutera.




Selain itu, Anisha turut mengusahakan sebuah agensi pelancongan bersama temannya. Agensi tersebut dikenali sebagai Authentiary. Gadis cantik ini mengenali Putera Mateen sejak kecil lagi lantaran persahabatan yang terjadi di antara kedua keluarga.

Abangnya, Daniel Isa-Kalebic merupakan salah seorang teman rapat Putera Mateen.Beliau merupakan cucu kepada Pehin Dato’ Haji Awang Isa bin Awang Ibrahim yang merupakan penasihat khas Sultan Brunei.


Majlis pernikahan Dayang Anisha Rosnah bersama Putera Mateen akan berlangsung pada 11 Januari 2024.





Post a Comment

0 Comments