Rakyat gesa ahli parlimen dan adun juga dihentikan pencen, tetapi diberi bantuan caruman kwsp selama berkhidmat 5 tahun

Rakyat gesa ahli parlimen dan adun juga dihentikan pencen, tetapi diberi bantuan caruman kwsp selama berkhidmat 5 tahun

 


Dalam sidang media semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menjelaskan, perkhidmatan awam berstatus kontrak hanyalah sementara, jawatan mereka akan menjadi tetap tetapi tidak ada pencen lagi. 


Beliau juga menegaskan melalui dasar baharu yang akan diperkenalkan oleh kabinet, kerajaan akan bantu mencarum kwsp kepada penjawat awam sebagaimana sektor swasta lakukan.


Beliau berkata, bagi penjawat awam sedia ada, status berpencen mereka tidak terjejas, sementara penjawat awam baharu itu kelak akan membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). “Pada tahun 2040, jika tidak ada sistem baharu ini, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung Kerajaan mencecah RM 120 bilion



@malaysiagazette MGNews: Kabinet Setuju Penjawat Awam Berstatus Tetap Tidak Berpencen Selepas Ini Kabinet bersetuju agar perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen. #malaysiagazette #pencen #kerajaanperpaduan ♬ original sound - malaysiagazette


Rakyat persoalkan, bagaimana ahli parlimen dan adun? pencen mereka juga besar


Dalam pada itu rakyat juga menggesa ahli parlimen dan adun juga dihentikan pencen kerana beberapa sebab:

1) Yb parlimen dan Adun hanya berkhidmat sepenggal tidak semesti akan bertahan sebagai Yb berpenggal-penggal

2) Menjadi Yb parlimen dan Adun yang berdidikasi bukan hanya menunggu pencen

3) Kerajaan juga boleh membantu Yb parlimen dan Adun untuk mencarum kwsp selama lima tahun berkhidmat

4) Yb-yb juga menerima elaun yang tinggi, rumah kerajaan, pemandu, faedah ini semua menggunakan kos yang tinggi








Post a Comment

0 Comments