Resepi siakap mangga sos meraung ni sangat mudah. kepada ibu yang sibuk tiada masa di dapur, eloklah cuba resepi ni.
Bahan- bahan:
Seekor ikan siakap
serbuk kunyit
garam
Bahan-bahan sos:
3 biji mangga
setengah batang lobak merah
2 biji cili merah besar
5 biji cili padi (nak lagi pedas boleh tambah)
4 ulas bawang putih
2 tangkai daun ketumbar
Bahan-bahan perasa:
2 sudu makan gula perang (jika tiada, boleh masukkan gula putih)
1 sudu makan cuka
1 sudu makan air limau
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
bijan putih (sebagai hiasan)
Cara-cara
1). Lumurkan ikan siakap dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Kemudian goreng sehingga kekuningan dan rangup.
2). Cincang atau sangat buah mangga dan lobak merah, kemudian ketepikan.
3). Cincang halus atau chopper cili merah besar, cili padi, bawang putih dan daun ketumbar. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk.
4). Dalam mangkuk yang sama, perasakan bahan-bahan tadi dengan gula perang, cuka, air limau, sos tiram dan sos cili. Gaul sebati, rasa sedikit dan sesuaikan dengan selera.
5). Curahkan sos tadi di atas siakap yang telah digoreng. Kemudian taburkan bijan putih. Selamat makan!
0 Comments