Sah itu Bella! DNA rangka tidak sempurna sepadan dengan ibu dan kakak - Polis

Sah itu Bella! DNA rangka tidak sempurna sepadan dengan ibu dan kakak - Polis

 



BATU PAHAT: Rangka manusia tidak sempurna yang ditemukan di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Jumaat lalu sah milik Mira Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) itu sudah diterima petang ini.

Katanya, laporan itu mengesahkan hasil analisis DNA didapati ‘biologically’ sepadan dengan sampel yang diambil daripada ibu dan kakak Mira Sharmila yang dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu.

“Polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok,” katanya.


Kredit: Utusan Malaysia




Post a Comment

0 Comments