Kuala Lumpur: "Saya rasa saya manusia yang teraniaya, lelaki yang teraniaya. Saya rasa saya terlalu naif dalam hubungan ini."
Demikian luahan pemilik salon dikenali Danny, 41, susulan tular di laman sosial mengenai dakwaan mengatakan bakal isterinya, Dr Qaseh yang juga pemilik klinik sebuah klinik di Klang, Selangor sudah berkahwin.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat di TikTok semalam oleh seorang lelaki yang mendakwa dirinya adalah suami kepada Dr Qaseh.
Dakwaan lelaki itu dikuatkan lagi dengan video dan gambar perkahwinan mereka.
Menerusi satu video di TikTok hari ini, Danny tampil menjelaskan yang dia tidak tahu Dr Qaseh sudah berkahwin dan berstatus isteri orang kerana dimaklumkan wanita itu masih bujang.
Danny, dia juga sudah memeriksa latar belakang Dr Qaseh dengan kakak kandung wanita itu yang memberitahu bakal isterinya belum pernah berkahwin.
"Dalam masa sama, saya ada menerima mesej daripada seseorang mengatakan Dr (Dr Qaseh) sudah berkahwin dan saya mengesyaki dan memaksa doktor memberi nombor telefon keluarganya untuk bertanyakan perkara sebenar.
"Saya dapat nombor kak long, kakak kandung Dr, saya bertanya kepada kak long dan kak long mengesahkan kepada saya itu adalah gambar adik doktor yang diambil gambar seperti perkahwinan.
"Katanya, jangan mendengar apa orang cakap mengenai hubungan kami dan itu dinasihatkan kakak kandung Dr sendiri jari saya mula berasa itu (dakwaan) satu fitnah," katanya.
Menurut Danny, dia kemudian dihubungi seorang lelaki mengatakan dirinya adalah suami kepada Dr Qaseh.
"Kami mula bertengkar, mencari bukti kemudian dapatkan bukti sahih mengatakan dia (lelaki berkenaan) adalah suami Dr yang sah disisi undang-undang.
"Saya bertanya kepada kak long, sehingga sekarang saya tak dapat jawapan kenapa kak long sanggup katakan apa Dr kata itu benar dan Dr seorang single (bujang) yang tak pernah berkahwin.
"Saya juga ada mesej seorang (ahli) keluarga Dr dan mereka nyatakan tidak masuk campur," katanya.
Tambah Danny, dia tidak tahu apa perlu dilakukan namun memohon maaf kepada suami Dr Qaseh atas keterlanjurannya menjalin hubungan dengan isteri lelaki berkenaan.
"Saya menegaskan yang saya tak tahu menahu tentang perkahwinan ini (Dr Qaseh dan suaminya) yang sudah dirahsiakan daripada saya oleh Dr dan keluarga.
"Saya hanya ingin hidup bahagia dan saya ikhlas memperisterikan seorang wanita iaitu Dr akan tetapi ini yang berlaku. Saya mohon maaf dan rasa sangat teraniaya," katanya.
Menurut Danny, sejak dua bulan perkenalan dengan Dr Qaseh, tiada langsung isu berbangkit.
"Yang saya tahu Dr tak pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak angkat, saya juga mempunyai anak angkat.
"Saya sudah jumpakan anak angkat saya dengan doktor, kami berempat sudah berkumpul makan semeja. Saya nampak itu kebahagiaan yang saya idamkan keluarga yang sangat sempurna.
"Saya rasa rasa ingin memperisterikan doktor dan saya melamar doktor sebagai isteri dan doktor sudah bersetuju untuk jadi isteri saya
"Kami pun sudah membeli barangan keperluan pernikahan, cincin, baju dan barangan keperluan lain," katanya.
Sementara itu, Danny ketika dihubungi mengesahkan Dr Qaseh sudah berkahwin dan nekad membatalkan perkahwinan mereka.
Manakala, Harian Metro sedang berusaha mendapatkan Dr Qaseh dan suaminya untuk mengetahui lebih lanjut kisah sebenar.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah Danny yang berkongsi hasratnya untuk berkahwin dengan Dr Qaseh sekali gus mengakhiri zaman dudanya dalam waktu terdekat
Danny dan Dr Qaseh berkenalan di TikTok sebelum bersepakat untuk mendirikan rumah tangga.
Sebelum ini, Danny pernah mendapat perhatian selepas berkahwin Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki namun hanya bertahan dua minggu sebelum berpisah.
Bukan seorang Doktor Gigi?
Netizen turut mendakwa, Dr Qaseh bukan doktor gigi tetapi pembantu doktor gigi.
Namun, kesahihan dakwaan ini masih belum diketahui lagi.
Kredit: Harian Metro
0 Comments