Menerusi satu temubual bersama Melodi, Salleh Yaacob dilihat tenang menjalankan kehidupan sehariannya.
Dalam temubual tersebut juga, Salleh Yaacob berkongsi pengalamannya ketika enam bulan diuji dengan pelbagai dugaan sebelum bergelar penyampai radio.
“Masa tu tak ada income, suara saya dah ditarik menyanyi dah tak ada dan ketika itu Allah bagi rezeki penyampai radio,” katanya.
Seolah
mengaitkan dengan permainan alam dengan situasi yang dialami, Salleh
bagaimanapun menyatakan sebagai seorang manusia, tidak terlepas dari segala
teguran dan balasan.
“Saya lihat
kejadian bagaimana sudahnya P Ramlee, sampai dia drop, kecewa dan meninggal.
Sudirman pula dia menang sampai dia sakit. Bukan bidang seni saja, apa-apa
bidang, ada lah syaitan bomoh yang buat kerja,” katanya.
POLIGAMI
Bercakap isu
poligami, Salleh Yaacob yang beristeri tiga mengakui kekuatannya menjalani
kehidupan seharian terletak pada isteri-isterinya. Dalam nada ketawa, dia
menyatakan dia terkenal gara-gara isu berpoligami sehinggakan negara luar
sendiri terkejut dengan tindakannya.
Menerusi ruangan
komen, ramai yang mengenang kembali saat Salleh Yaacob menjadi penyanyi,
pelakon, penyampai radio dan pengacara. Kata mereka, bakat yang ada pada Salleh
Yaacob sukar dicari ganti.
Kredit: Melodi
0 Comments