Sharifah Sakinah perkenalkan kucing baru dia, katanya spesies "catdog" - Netizen

Sharifah Sakinah perkenalkan kucing baru dia, katanya spesies "catdog" - Netizen


Tular sebuah video yang dimuatnaik oleh seorang pelakon tempatan Sharifah Sakinah yang sedang mengendong anjing sambil menari di sebuah pusat kecergasan di sini. 


Netizen terkejut dengan tindakan beliau kerana memegang anjing merupakan hal yang diluar norma masyarakat Melayu. 


Anjing bukanlah haiwan peliharaan bagi masyarakat Melayu. Hal ini berikutan larangan disisi agama Islam untuk memegang dan memelihara anjing yang disifatkan haram disisi Islam.  


Menurut ahli majli fatwa kebangsaan, hukum berkaitan dengan anjing adalah seperti berikut: 


1. Mesyuarat memutuskan bahawa hukum memelihara  anjing di rumah oleh orang  Islam sebagai haiwan peliharaan (pet) adalah haram melainkan untuk tujuan muktabar yang termasuk dalam keperluan dan kemaslahatan. Antaranya adalah untuk tujuan:


i. Perburuan; anjing yang digunakan bukanlah anjing "comel" dijadikan "teman" untuk bermanja, tetapi anjing yang garang atau tahan lasak dan sesuai dijadikan untuk berburu. Walau bagaimanapun, Islam hanya membenarkan perburuan adalah untuk mendapatkan makanan, bukan memburu kerana sukan, suka-suka dan berseronok-seronok kerana Islam tidak membenarkan haiwan dibunuh atau diseksa atau diusir dari tempat yang lazim mereka tinggal, hanya untuk suka-suka;


ii. Anjing pemandu jalan; untuk dijadikan anjing pemandu jalan seperti untuk orang buta sekiranya amat memerlukan dan tiada orang lain yang dapat membantu;


iii. Keselamatan; untuk tujuan keselamatan pihak berkuasa seperti Polis dan Kastam, dan juga untuk mengawal keselamatan di sekitar rumah;


iv. Membantu penternakan haiwan.


2. Perbuatan memegang anjing secara sengaja, tanpa sebarang sebab yang dibenarkan dalam Islam akan menimbulkan keresahan di kalangan umat Islam kerana ianya bercanggah dengan pegangan mazhab dan uruf di Malaysia. Menurut mazhab syafie, umat Islam adalah dilarang menyentuh anjing secara sengaja kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram di sisi Islam.


3.  Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai mughallazah namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.


4. Perbuatan mana-mana orang Islam yang memelihara anjing sebagai haiwan peliharaan (pet) akan disalah tafsir dan dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru yang boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam. Oleh yang demikian, mereka perlu segera meninggalkan perbuatan tersebut dan kembali bertaubat kepada Allah.


5. Justeru, umat Islam dinasihatkan agar tidak menjadikan anjing sebagai haiwan peliharaan. Ini kerana Islam mewajibkan umatnya untuk memelihara kesucian diri, pakaian dan tempat tinggal agar ia tidak menjejaskan amal ibadah seharian.


Oleh yang demikian, umat Islam boleh memelihara anjing dengan tujuan tertentu, bukan hanya suka-suka atau untuk dijadikan binatang peliharaan. Selain itu,  Islam juga mengharamkan penganutnya  menyeksa atau membunuh binatang dengan sengaja walaupun ia haram disisi Islam. Haiwan seperti anjing atau babi tidak boleh disakiti dengan sengaja. 


Diharapkan artikel ini dapat memberi penjelasan kepada masyarakat Malaysia khususnya umat Islam.

Post a Comment

0 Comments