Syed Saddiq dedah menteri dapat 2 hingga 3 pencen kekal dan elaun tahunan ratusan ribu , adil atau tidak kepada rakyat?

Syed Saddiq dedah menteri dapat 2 hingga 3 pencen kekal dan elaun tahunan ratusan ribu , adil atau tidak kepada rakyat?


Syed Saddiq bekas Menteri Belia dan Sukan mendakwa, pemimpin kerajaan yang berjawatan menteri menerima dua hingga tiga pencen daripada peringkat persekutuan dan negeri. Malahan elaun tahunan seorang menteri boleh mencecah ratusan ribu.


Paling mengejutkan ialah, menteri turut menerima pencen kekal untuk penyandang jawatan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) walaupun baru sahaja dilantik. 


Pendedahan ini dibuat berikutan pengumuman daripada kerajaan yang dipimpin oleh Dato Sri Anwar Ibrahim yang telah mencadangkan untuk menghapuskan pencen penjawat awam bermula pada 1Februari ini. Menurut Timbalan Perdana Menteri, peruntukan pencen penjawat awam telah mengakibatkan bebanan kepada kerajaan sehingga berbilion ringgit. 


Namun, Syed Saddiq menengaskan tiga sebab mengapa penarikan pencen kepada penjawat awam adalah tidak adil. 


Pertama, gaji penjawat awam sangatlah rendah iaitu minimum RM1500 sahaja. Sedangkan khidmat yang diberikan sehingga 25 atau 30 tahun. Gaji penjawat awam juga sudah lebih 10 tahun tidak dikaji semula. Kos sara hidup yang semakin meningkat setiap tahun tetapi jumlah gaji yang sama adalah suatu bebanan kepada rakyat. Malahan kini  ditambah dengan penarikan pencen pula.




Dalam satu sidang media, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.

Paling menyedihkan apabila anggota dalam kategori terbabit ditugaskan di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur. "Tangga gaji mereka berada pada tahap yang amat menyedihkan, malah boleh dianggap sebagai miskin bandar," katanya.


Malahan menurut Syed Saddiq, negara turut kehilangan tenaga pakar disebabkan gaji yang rendah. Gaji jururawat di Singapura lebih tinggi daripada gaji doktor pakar di Malaysia. Oleh yang demikian, tenaga pakar yang sepatutnya menabur khidmat di Malaysia telah berhijrah ke luar negara.


Kedua, beban tanggunggan tambahan yang terpaksa di tanggung sendiri oleh penjawat awam. Contohnya, pegawai polis yang terpaksa bekerja pagi sehingga malam dan tiada pengiraan gaji lebih masa, atau cikgu yang terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk keselesaan pelajaran dan pengajaran di dalam kelas untuk murid-muridnya.


Ketiga, kuarters kerajaan yang usang dan daif. Keadaan bumbung yang bocor, pagar yang reput, dinding yang tidak bercat kadangkala bekalan elektrik dan air turut terputus.  





Jika penarikan pencen dilakukan, kerajaan perlu meningkatkan gaji penjawat awam, membaiki infrasturktur kuarters kerajaan, memasukkan pelbagai elaun untuk tujuan perkhidmatan, mewujudkan pengiraan gaji untuk tugasan lebih masa dan meningkatkan caruman KWSP. 


Apa yang paling utama hasrat rakyat adalah untuk menghapuskan pencen Ahli Parlimen dan Ahli DUN terlebih dahulu, ujarnya. 


Kredit:Syed Saddiq



Post a Comment

0 Comments