Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Fasa 1 akan dijangka dikreditkan pada bulan Februari 2024. Ia melibatkan pemohon yang telah mendaftar dan mengemaskini maklumat permohonan sebelum 30 November tahun lalu. Walau bagaimanapun, permohonan baru tetap dibuka sepanjang tahun dan akan menerima bantuan di fasa berikutnya.
Untuk makluman, pembayaran STR terbahagi kepada 4 Fasa iaitu pada bulan Februari, April, Ogos dan November 2024.
Dalam pembentangan Belanjawan 2024 kerajaan akan melaksanakan Ekonomi MADANI yang berteraskan kesejahteraan rakyat sebagai matlamat utama. Kerajaan akan mengambil langkah-langkah untuk menata susun semula struktur ekonomi negara dan memastikan pengagihan kekayaan yang adil dan berkesan kepada semua lapisan masyarakat.Oleh yang demikian, bantuan STR telah dinaikkan bagi setiap kategori pemohon.
Kadar Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 (Bulan Februari)
Jika permohonan STR anda diluluskan dengan menyemak kelayakan di portal LHDN tahun 2024, maka anda layak menerima STR daripada Fasa 1 bermula Februari ini.
Untuk permohonan STR 2024 Fasa 1, berikut adalah amaun kelayakan yang ditetapkan:
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)
- Tiada anak : RM500
- 1-2 anak : RM500
- 3-4 anak : RM500
- 5 anak atau lebih : RM500
KATEGORI ISI RUMAH
Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)
- Tidak mempunyai anak : RM100
- 1-2 anak : RM1503-4 anak : RM250
- 5 anak atau lebih : RM300
BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Jika pendapatan bulanan mereka tidak melebihi RM2500, bujang berusia 21 hingga 59 tahun atau OKU berusia 19 hingga 59 tahun layak untuk mendapat bantuan kewangan sebanyak RM150.
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas): RM150
0 Comments