Dah masuk hari ke-40 tiada sebarang penangkapan dibuat oleh PDRM setakat ini mengenai kes pembunuhan arwah adik Zayn Rayyan Abdul Mateen.
Namun tidaklah bermaksud pasukan keselamatan kita tidak cekap menjalankan siasatan, cuma perlu melalui tempoh agak sukar dalam penjejakan suspek. Motif pembunuhan sangat penting kenapa mangsa dibunuh kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin.
Dalam pada itu muncul sebuah mesej perbualan antara seorang pengguna whatsapp dengan ibu arwah mengatakan ibu arwah tidak mampu tinggal lagi di apartment itu, ini kerana mengalami sedikit tekanan emosi, trauma, perasaan dan bayang-bayang anak masih bermain di fikiran.
Foto: Tiktok TeacherAss |
Kata Puan Izz Manaf, sekarang dah pindah rumah mak mertua, tidak duduk di apartment tu lagi.
Takut apa-apa jadi, sebab kadang-kadang bersendirian, boleh tenang tapi tidak dapat melupakan peristiwa hitam menimpa anak sendiri.
Sekarang mengalami trauma sejak kejadian ini berlaku, perasaan tertanya-tanya bagaimana sanggup suspek meragut nyawa anaknya, takut pun ada, tidak menyangka semua ini berlaku emosi terganggu.
Puan Izz Manaf diharap bersabarlah, semoga nasib Zayn Rayyan akan terbela, sekarang dia dah bahagia di sana, dia akan tunggu Puan dan kita semua.
Sememangnya jika kita berada di situasi ini, hidup tidak akan pernah berhenti berfikir, hari-hari menghadap kawasan rumah yang pernah jadi peristiwa pembunuhan anak, penduduk di situ juga tetap perlu berwaspada kerana suspek masih bebas di luar sana.
Semoga keluarga adik Zayn Rayyan Abdul Mateen diangkat darjat atas ujian ini, kami semua sentiasa mendoakan agar pelaku diadili secepat mungkin.
Kredit foto & cerita: tiktok TeacherAss
0 Comments