Sebuah video dengan rakaman seorang polis trafik yang meminta rasuah daripada warga asing kini tular.
Video tersebut merakamkan seorang pegawai polis trafik telah memberhentikan kereta sepasang warga asing yang dikatakan memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 60km/j.
Warga asing tersebut panik kerana ingin disaman. Namun apa yg mengejutkan pegawai tersebut mengatakan bayaran saman di balai polis sebanyak RM300 manakala jika dibayar secara langsung kepadanya hanya RM100 sahaja.
Warga asing tersebut tanpa berlengah membayar RM100 kepada pegawai, dan beliau tidak mengeluarkan saman seperti yang sepatutnya.
Walau bagaimanapun, kejadian tersebut telah dirakam, malahan tular dimedia sosial. Ramai netizen berasa malu dengan tindakan pegawai polis trafik tersebut.
Buat malu je, sebab tu bangsa kita dipandang hina, ada mentaliti pegawai macam ni - anadesaru
Dari orang atasan sampai bawahan terima rasuah, dah biasa ke bagi makan anak bini duit haram?- Istihafah foto
Ada kew kena ambil tindakan dengan pegawai tu? Taw2 benda ni dah biasa bg dorang - tempurungLan
orang putih tu tak tau ape la.. ingtkn boleh bayar saman kat situ, yang polis ni lah bod*h, makan duit hara*m - styalofilled Gee
Video:
Pegawai kerajaan sepatutnya berkhidmat dengan telus dan adil sesuai dengan apa yang diikrarkan ketika angkat sumpah untuk mendapatkan jawatan tersebut. Apatah lagi sebagai orang Islam, rasuah secara jelas merupakan wang haram yang dianggap berdosa jika mengambilnya.
Integriti adalah sesuatu yang sukar tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan.
Bersyukurlah jika anda mendapat pekerjaan yang baik. Jalankan tanggungjawab dengan amanah, jika badan unit beruniform hendak dipandang mulia oleh masyarakat.
0 Comments