Abby Abadi dan Norman Hakim minta anaknya dan Aslam bercerai, tetapi mereka enggan - Abby sempat tinggalkan pesanan

Abby Abadi dan Norman Hakim minta anaknya dan Aslam bercerai, tetapi mereka enggan - Abby sempat tinggalkan pesanan



Masih mengunci mulut selepas heboh isu perkahwinan anak keduanya, Marissa Dania Hakim dengan lelaki dikenali sebagai Aslam sejak semalam, namun hantaran terbaharu Abby Abadi menerusi Instagram Stories (IGs) mengundang perhatian.


Abby menerusi IGs menulis sepotong ayat sangat ringkas.


"Lawan semua dengan doa," tulisnya yang tidak pasti ditujukan kepada siapa.




Selepas berita pernikahan Marissa dengan lelaki berstatus suami kepada dua cahaya mata itu heboh dalam sosial media, Abby mahupun bekas suaminya yang juga pelakon Norman Hakim bertindak mengunci mulut.


Semalam, tular berita mengatakan Marissa, 19, dan Aslam, 25, melangsungkan pernikahan di Songkla, Thailand pada 27 Disember lalu.




Bagaimanapun, isteri kepada Aslam iaitu Misya Mazlan tidak mengetahui berita berkenaan kerana berada di Makkah bagi menunaikan umrah.


Abby dan Norman didakwa sudah bertemu dengan keluarga Aslam sejurus mengetahui berita pernikahan anaknya dan meminta agar berpisah, namun tidak dipersetujui pasangan itu.


Kredit: Berita Harian




Post a Comment

0 Comments