"Aku suka menyihir orang sehingga mati, tapi satu hari aku mendapat pengajaran yang cukup berharga" - Mimi

"Aku suka menyihir orang sehingga mati, tapi satu hari aku mendapat pengajaran yang cukup berharga" - Mimi


Mencari ketenangan bukannya mudah, pasti berdepan dengan cabaran yang perlu ditempuhi.  Kisah benar ini berdasarkan pengalaman seorang wanita dari suku asli yang telah memeluk Islam dan masih lagi berusaha mencari hidayah dan ketenangan. Begitu hebat pengalaman yang diceritakan oleh penulis. Terima kasih kepada saudara Mimi Na betengi yang berkongsi pengalaman. Pengalaman sebegini bukan semua manusia dapat rasai. Semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada kita semua.


Dulu, aku membuat keputusan utk mengikut kata abah iaitu pergi menuntut n mendalami ilmu Islam selepas aku gagal mempertahankan rumh tgga yg dibina dgn seorg lelaki Melayu. Abah ckp abah nak masukkan aku ke dalam madrasah. (Saat ini abah n arwah mak masih belum memeluk Islam.) Tapi aku tolak. Jwp aku biarlah aku mencarinya dengan merantau sendiri mengikut kata hati. (Kata hati x leh diguna pakai klu masuk alam bunian ok) Padahal sbnrnya niat aku hendak bljr ilmu hitam. 


Sehinggalah aku sampai di suatu daerah pada suatu petang dalam keadaan hujan yg mulai perlahan namun berdentum guruh dilangit bersahut-sahutan.


Aku bersembunyi di dalam rimbunan pokok labu tikus yg lebat buahnya. Labu yg selalu aku gunakan utk mengurung jin n setan selain labu sayung. Dr dlm rimbunan itu, aku melihat seorang lelaki tua dlm usia 70an mungkin, berbaju pagoda putih, berseluar hitam paras lutut, dipinggang n dikepalanya pula diikat dgn kain pelikat kotak2 merah sedang berjalan di atas ban sawah padi sambil membawa kayu sebagai tongkat utknya berjalan sambil menghalau kerbau pulang ke kandang manakala tgn kirinya membawa segugus buah markisah yg diikat dgn tali yg diperbuat dr kulit kayu pokok.


Aku melihatnya dgn berasa risau dihati. Kataku kejap lagi pasti pak cik tua ini mati disambar petir. Conform punyalah!


Sedetik aku berkata begitu, sungguh2 pak cik itu telah disambar petir. Beliau telah jatuh kebawah ban sawah padi. Aku pun meluru keluar dari rimbunan pokok labu tikus menuju ke arah pak cik itu yg pada sangkaanku pastinya sudah menjadi mayat kerana 9 ekor kerbau yg sedang berada di hadapannya kesemuanya mati bergelimpangan disambar petir.


Dalam 100 meter jarak antara aku dgn pak cik itu tertiarap, kulihat pak cik itu bgn n memanjat ke atas tebing ban sawah padi. Dgn rasa yg amat tidak percaya, aku tetap berlari pergi mendapatkan pak cik itu. Aku pun bertya kepada dia 1 soalan bodoh n memalukan apabila sampai dihadapan pak cik itu. 


"Pak cik bukan sepatotnya dah mati ke kena sambar petir baru kejap tadi. Sumpah saya nampak dgn mata kepala sy sendiri."


"Malikiyau middeen." Jwp pak cik tu pendek. 


"Apa tu? Sy x paham." Soalku kembali.


"Nanti anak akan paham disuatu hari nanti." Jwp pak cik tu sambil berdiri n membersihkan kotoran tanah selut dari kain ikat kepalanya. Beliau juga menyapu kotoran yg terlekat dibahu kirinya. Aku hy memperhatikan gelagatnya.


"Klu mcm tu sy nk berguru dgn pak cik boleh x? Hrp pak cik sudi ajar sy ilmu tu pak cik. Sy jnj sy ikut semua ckp pak cik."


"Maaf nak, selagi kamu TIDAK MERASA KETENANGAN HATI, pak cik x mampu nak ajar kamu n hati kamu juga tidak mampu menerima ilmu ini. Carilah pak cik bilamana kamu sudah mampu utk memadamkan api kebencian didalam hatimu. Bilamana kamu sudah belajar untuk memaafkan semua org yg berbuat salah dgnmu dgn seikhlas hatimu. Sucikanlah jiwamu terlebih dahulu dr dendam yg bersarang di lubuk sanubarimu, barulah kamu dtg mengadap pak cik. Pak cik jnj masa tu kamu akan rasa apa yg pak cik rasa (kena sambar petir tp x mati)."


Maka selepas pada hari itu, sama ada sebulan sekali ataupun 2 mggu sekali, atau bila2 aku ase nk pergi, wpun pada ketika itu aku sedang menuntut ilmu salah, pastinya tetap kucuri masa utk kembali ke tempat itu utk berjumpa pak cik itu n memintanya mengajari aku ilmu itu yg bagiku sungguh luar biasa sekali. Rugi sekali jikalau aku tidak menuntutnya. Saat itu wpun aku telah memeluk Islam, namun aku tidak kenal apa itu Islam yg sbnrnya. Siapa itu Allah s.w.t? Siapa itu Muhammad s.a.w? Apa itu al-Quran?


Terdapat pokok mempelam nan rimbun dgn dedaunan n lebat buahnya namun x pula aku terasa ingin menjamah atau merasa buah mempelam epal yg bulat lg besar buahnya. Aku hya memandang buah yg bergantungan itu dgn pandangan kosg n tidak berharga. Tidak seperti ilmu kebal yg bg aku sgt hebat sekali yg aku idamkan dari pak cik tua lanjut usia itu.


2 thn lebih aku berulang-alik menemui pak cik itu yg setia berada di pondok di tengah sawah padi itu. Setiap kali aku ke situ, setiap kali itu lah aku meminta agar ilmu itu diturunkan. Setiap kali itu juga lah permintaanku ditolak mentah2. Alasannya hatiku penuh kebencian.


Pada tahun ke 4, aku benar2 give up. Kerana permintaan aku ditolak dgn alasan yg sama yg bg aku tidak munasabah sama sekali. Aku berhenti pergi berjumpa pak cik itu lagi wpun sblm ini aku akan pergi bertemunya sama ada musim hujan mahupun panas.


Pada tahun itu juga aku tamat pengajian menuntut ilmu salah dari guru yg lain cuma berlainan daerah dgn pak cik itu. Tahun itu aku benar2 ase kecewa bilamana ilmu yg aku pelajari tidak boleh digunakan terhadap insan yg membuat aku menuntut ilmu salah.


Selepas aku berhempas pulas mempelajari ilmu salah, dipenghujungnya, guru aku katakan kepadaku bahawa MEMAAFKAN ADALAH LEBIH BAIK dari menghantar sihir yg pada akhirnya tetap juga TIDAK MAMPU MEMBUATKAN AKU MERASA TENANG DI HATI MAHUPUN DALAM KEHIDUPANKU.


4 thn kemudian, selepas puas aku bergelumang dgn dosa n keseronokan mengambil nyawa org, dimana 1 kepuasan jitu wpun aku x dpt mengambil nyawa org yg aku benci, tapi aku tetap dpt nyawa org lain sbg ganti, hatiku tiba2 dijentik dgn ase sebak n ase bersalah yg amat sgt. Dimana, asal aku celik mata, aku takut klu2 bila aku mati, org2 yg telah aku renggut nyawanya dtg menuntut kepadaku. Kata2 arwah mak n arwah ustazah yg telah mengislamkan aku mula kedengaran di dalam kepalaku. Air mata kekesalan di atas dosa silam mulai membasahi baju aku setiap detik. Aku ase sedih sgt dgn dosa2 aku. 


Aku kembali berjumpa pak cik itu di pondok di tengah sawah berteduhkan pokok mempelam epal slps 4 thn aku tidak ketemu beliau. Sambil menghirup kopi o dr sekole cawan besi n duduk bersila, beliau hy memandangku dari pandangan matanya yg redup n tersenyum manis. Manis yg teramat manis dimana senyuman itu aku terkenangkan sehingga kini di dalam kanta mataku. 


Pada beliau aku luahkan ase hati. Kulepaskan segala isi hati yg penuh ase kebencian. N kuceritakan juga hatiku yg selalu tiba2 terasa sebak mendgr ceramah, lirik lagu, kata2 arwah mak n ustazah yg mengislamkan aku, insan2 yg sedang berjalan kaki menuju ke masjid n lain2.


Beliau hy mendiamkan diri mendgr keluh kesah aku di waktu petang itu disaat hujan renyai. Gelagatnya seperti abahku. Hanya diam membatu tanpa berkata apa2. Hanya menemani n mendgr luahanku. Pada tahun ini, hubunganku dgn abah tidak berapa baik. Kerana pada waktu ini, abah n arwah emakku telah memeluk agama Islam n menjadi sebaik2 penganut agama Islam (abah n arwah emak memeluk agama Islam 5 thn selepas aku memeluk agama Islam) manakala aku sebaik2 jin n setan yg suka menghuru-harakan manusia.


Pada hari itu, aku lgsg tidak menyuarakan ttg ilmu kebal yg aku idam lama dahulu. Aku langsung tidak mengingatinya. Tetapi disaat aku mahu pulang, pak cik itu mengatakan bahawa bilamana aku sudah menemui ketenangan hati, nescaya aku akan mendapat ilmu kebal yg kuidamkan lama dahulu. Aku mendgrnya sambil lewa. Bagiku perkara itu tidak lagi penting dlm koleksi ilmu n hidupku. Yg kukejar skrg adalah kemaafan dari ilahi n insan2 yg telah mati akibat dari perbuatanku. Aku pun melangkah pergi.


Pd 2018, iaitu 2 thn kemudian. Pada saat ini aku telah bertaubat dari mengambil nyawa org sungguh2. Kerana kata2 arwah emak iaitu BERHENTILAH MENJADI MANUSIA YG DILAKNAT ALLAH terngiang2 di dalam fikiranku. Aku telah berubah menjadi manusia yg lapang hatinya dgn memaafkan setiap kesalahan insan2 di atas muka bumi ini kerana bgku tiada manusia yg tidak membuat silap.


Aku kembali lagi ke tempat itu. Berjalan di atas ban sawah padi dgn riang ria di hati. Tiada apa yg aku fikirkan saat ini. Dunia bkn lagi sesuatu yg menakjubkan aku. Sikit pun aku x peduli. Bg aku, aku dah punya segala. Aku datang hendak memberitahu pak cik itu bahawa aku kini dah berjaya maafkan semua org n benar skali hatiku terasa tenang n lapang. Aku mampu tersenyum n hidup dgn riang gembira tanpa perlu memikirkan tentang kehebatan dunia yg penuh tipu daya n mati itu adalah sesuatu yg dirindui.


لا إله إلا الله محمد رسول الله

        la ilaha illallah muhammadur rasulullah.


Ayat yg selalu aku ungkapkan dibibir bersama ayat Malikiyau Middeen dari surah al-Fatihah ayat 4. Inilah ucapanku saban waktu kerana aku mahu bilamana saat Tuhan mencabut nyawaku, imanku teguh pada Allah s.w.t n Muhammad s.a.w.



Pada saat ini, pak cik lanjut usia itu pun menunaikan janjinya yg telah diungkap 10 thn yg lalu. 50 meter jarak aku dgn pondok kayu itu, aku telah disambar petir. Petir telah menyambar besi yg baru saja aku kutip di atas ban sawah padi itu yg telah aku genggam n aku berbuat main utk hiburkan hati.




Aku terhenti. Terkejut. Lebih2 lagi aku masih mampu bernafas tanpa ada cacat cela! Aku membuka genggaman tgnku. Besi leper n panjang sedepa itu hy tinggal sejengkal yg masih selamat dr disambar petir. Mukaku pucat. Ditoreh tidak berdarah. Aku menelan liur. Aku terasa kaku. Namun kugagahkan juga utk berjalan n menenangkan hati di pondok usang itu menanti kehadiran pak cik itu. Aku percaya sebentar lagi beliau akan sampai.


Jantungku seakan berhenti akibat kejadian tadi. Jari jemariku terasa seakan bergetar. Aku pun berpaling melihat kedua tgnku yg sedang menekan lantai. Ye mmg benar ianya bergetar seperti seorg pesakit parkinson. N gugurlah air mataku dgn ase penuh kesyukuran kerana maaih diberikan peluang utk kuperbaiki lagi dimana kesilapanku di dunia ini sebelum aku dijemput ilahi. Aku menangis semahu2nya mengenangkan dosa2 silamku sebelum ini.


20 minit kemudian, dtglah seorg lelaki tua lanjut usia menaiki motosikal menuju ke arahku dgn memasuki simpang dimana pondok ini teguh berdiri. Aku hy memerhatikan gelagat pak cik tua itu dlm lingkungan usia 70an, sama spt usia pak cik tua yg aku nantikan kehadirannya namun masih jua blm kunjung tiba sehingga saat ini.


Aku cepat2 mengelap air mata dgn hujung lengan bajuku. Aku menahan air mata dari teros keluar. Pak cik itu merapatiku. Wajahnya berkerut2 kehairanan.


Dia menegurku dalam bahasa selatan Thai. Dia bertanya siapakah saudaraku disitu? N aku akui yg aku mmg tiada sesiapa di daerah itu melainkan daerah tengah tempat aku menuntut ilmu salah.


Lantas dia menceritakan bahawa dia kerap kali melihat aku berada di pondok itu beberapa jam bersendirian lama dahulu sehinggalah aku tidak lagi kelihatan sejak beberapa tahun yg lalu. Benarkah aku yg dia lihat lama dahulu atau dia silap org?


Maka aku menjawap ya, akulah orgnya yg selalu berada di pondok itu namun aku tidak bersendirian kerana aku sedang berbual dgn seorg lelaki tua dalam lingkungan usian 70an. 


Dia merenungku dgn wajah yg berkerut. Ase tidak percaya mungkin. Kemudian dia berty siapakah yg aku mksdkan? Kerana memang dia tidak melihat sesiapa disamping aku n sememangnya aku hy seorg sahaja yg berada disitu. Bagaimanakah ciri2 lelaki itu? Adakah seorg lelaki tua yg berbaju pagoda putih n berseluar pendek paras bawah lutut?


N aku pun mengiyakan jwpn itu. Dia memandangku dalam2. Aku hy diam. Hendak bercakap lebih2, aku bimbang tergores hati.


"Dulu, moyang saya ketika zaman muda pernah jumpa dia. Moyang saya ceritakan pada org kg yg beliau pernah diselamatkan oleh seorg lelaki tua dgn seekor kerbau apabila moyang saya terjatuh ke dalam pasir jerlus saat sedang menangkap ikan, pak cik itu yg menariknya keluar dgn bantuan kerbaunya, disinilah kejadian itu berlaku." Pakcik itu menepuk lantai pondok kayu usang tempat kami berteduh dari hujan renyai2.


"Semasa kejadian itu berlaku, moyang saya ceritakan pada org kg bahawa dia telah mendapat 1 ranting kayu panjang. Kata org tua yg memberinya ranting itu, ianya blh digunakan utk memudahkan kerja moyang saya. Tapi org kg x percaya cerita moyang saya. Suatu hari moyang saya yg selalu membawa ke mana saja ranting itu pergi, saat beliau hendak menghalau kerbau, beliau telah menggunakan ranting itu. Ternyata kerbau2 itu mudah mendgr kata. Sejak itu moyang saya menggunakan ranting itu sbg alat utk beliau mengembala kerbau." Sambung pak cik tu lagi. Aku hy mendgr cerita pak cik itu dgn penuh khusyuk.


"Mana moyang pak cik tu? Blh sy jumpa dia?" Soalku dgn penuh harapan.


"Moyang saya sudah lama meninggal. Semasa beliau meninggal dunia, kayu ranting yg telah digosok itu telah hilang sama skali. Mgkn kayu ranting itu telah kembali kepada lelaki tua yg telah memberinya lama dahulu."


"Adakah saya juga telah berjumpa dengan lelaki tua yg sama seperti yg moyang pak cik jumpa?" Soalku dgn membolangkan mata.


"Ye itulah maksud saya tadi. Mgkn awak telah berjumpa dgn lelaki yg sama seperti yg moyang saya ceritakan kepada kami sekeluarga turun-temurun. Ciri2 yg awak ceritakan tadi sama seperti yg moyang saya gambarkan." Terang pak cik itu panjang lebar dari atas motor kapcainya.


Aku menunjukkan sekeping besi yg telah dipanah petir n hy tinggal sejengkal, yg sebahagiannya telah hilang terkena panahan petir. Pak cik itu tertanya2 apa tujuan aku menunjukkan besi itu di atas lantai papan pondok itu.


"Besi ini saya kutip di atas tanah saat melalui jalan ke pondok ini, n petir telah menyambar besi yg berada di tgn sy sehingga hanya ini sj yg tggl manakala yg lain telah hilang." Jelasku kepadanya. Pakcik itu agak terkejut besar. 


"Tapi awak masih hidup? Macam mana tu?" Soal pak cik itu. N aku pun menganggukkan kepala.


"Kalau begitu benarlah awak adalah org yg terpilih utk berjumpa dgn lelaki tua itu. Sungguh awak bertuah. Kerana, saya sendiri pun x berpeluang utk melihat n berbual dgnnya."


"Saya sedang menunggu beliau kerana dia akan datang ke sini kira2 pada pukul 5.30 petang utk menghalau kerbaunya pulang ke kandang. Tapi sampai skrg beliau masih blm dtg, mgkn beliau sibuk agaknya." Jwpku jujur


"Pernah dulu, moyang sy ceritakan pada kami semua bahawa selepas beliau diberi ranting itu, beliau tidak tahu apakah maksud lelaki tua itu ttg kegunaan ranting itu, maka setiap hari dia akan dtg berty kepada org tua itu di pondok ini bagaimanakah cara utk menggunakannya. Tetapi org tua itu memintanya agar memikirkan sendiri caranya utk apa sj asalkan ke arah kebaikan. Sehinggalah pd 1 hari, moyang sy telah mendpt idea, namun moyang saya tidak lagi dpt bertemu dgn org tua itu wpun puas sudah moyang sy menunggu setiap hari."


"Sama seperti keadaan saya skrg bukan?" Aku menghela nafas panjang.


Ye aku x akan dpt bertemu dgn org tua itu lagi kerana aku telah mendapat ketenangan hati selepas 10 thn hatiku diisi dgn api dendam yg penuh dgn kebencian, bilamana aku telah memaafkan semua org yg pada aku semuanya salah yg sbnrnya kesalahan itu dtg drpdku jua. N aku juga tidak lagi memandang indah dunia ini yg sbnrnya lgsg tidak berharga drpd akhirat yg dijnjkan keindahan n ketenangan hakiki.


"Jadi siapakah org tua tu sbnrnya pak cik?" Soalku hy utk menyedapkan hati wpun sbnrnya aku dah tahu beliau bknlah manusia biasa.


"Entahlah nak, blh jadi jin. Blh jd juga malaikat. Susah nk huraikan dunia yg kita kongsi ini bersama mahkluk lain..."


Kredit: Mimi Na Betengi

Post a Comment

0 Comments