Al -Fatihah kepada Aszura Bani dan tiga anaknya yang telah lemas dalam tragedi kepala air Sungai Kenjur, Bidor

Al -Fatihah kepada Aszura Bani dan tiga anaknya yang telah lemas dalam tragedi kepala air Sungai Kenjur, Bidor


Ibu kepada tiga anak yang ditemui lemas dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Loh, Bidor, petang tadi, dikenali sebagai Aszura Bani.


Tiga anaknya yang masing-masing berusia dua, empat dan tujuh tahun  hilang akibat dihanyutkan kepala air itu.




Mangsa berusia 37 tahun bersama tiga anaknya sebelum itu berkelah di situ bersama kakaknya, Aslinda, 38, anak saudaranya berusia 11 tahun dan pembantu rumah warga Indonesia, 30-an.


Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata pihaknya menerima maklumat awal berkaitan kejadian itu pada jam 4.30 petang.


"Mayat si ibu ditemui hanyut 600 meter dari tempat mereka berkelah.Manakala mayat anaknya Hafif Muhayat Azam, 4 tahun , ditemukan pada jam 9.50 malam dengan bantuan penduduk kampung. 


"Pembantu rumah warga Indonesia pula ditemui selamat kerana sempat berpaut pada batu berjarak 100 meter dari kawasan mereka berkelah, manakala kakak dan anak saudara mangsa tidak hanyut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, hari ini.


Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat dan tiga mangsa yang selamat juga turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.


Sehubungan itu, beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan membabitkan polis, pasukan menyelamat di air (PPDA), bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan unit anjing pengesan K9 dengan radius pencarian sejauh tiga kilometer dari tempat tujuh individu terbabit berkelah.


Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) sudah didirikan di pekarangan Sekolah Kebangsaan Kampung Koh, selain kawasan kejadian dikawal ketat.


Tinjauan di lokasi mendapati, paras sungai mula menurun selepas hujan berhenti, namun arusnya kelihatan masih deras.




Operasi SAR ditangguhkan jam 7.30 malam dan dijadual disambung semula jam 8 pagi esok.


Kredit: Berita harian





Post a Comment

0 Comments