"Bila cikgu kata lagu mcm sampah, kamu takkan berjaya, saya tergamam asal cikgu cakap camtu?"


Penyanyi wanita terkenal tanah air, Najwa Latiff meluahkan perasaannya di sebuah ‘show’ yang menceritakan pengalaman pahit dirinya.


Najwa Latiff mengatakan bahawa semasa beliau berumur 16 dan 17 tahun, guru di sekolahnya pernah memberitahu dirinya bahawa beliau tidak akan berjaya.


“Bila Cikgu Cakap Saya Takkan Berjaya, Susah Untuk Saya Percaya Yang Satu Hari Nanti Saya Akan Berjaya…” – Najwa Latiff

Beliau turut mengatakan bahawa beliau juga merayu kepada ibunya untuk berhenti dari sesi persekolahan.


“Saya pernah beritahu ibu saya, saya nak berhenti sekolah biar lah kerja saja dekat Mcd, tak payah jadi penyanyi…” – Katanya


“Wawa taknak pergi sekolah Wawa tak suka, sebab saya rasa sangat sedih bila orang tak percayakan kebolehan kita…” – Katanya lagi


Walau bagaimanapun, kisah yang diceritakan oleh penyanyi tersebut telah membuat ramai sebak. Ada yang mengatakan bahawa ini lah yang dimaksudkan dengan kata-kata yang diucapkan ibarat pisau, yang mana kesannya akan diingati oleh seseorang itu selamanya.


Lihat VIDEO di bawah:

Post a Comment

0 Comments