Bilik 2840 hotel 5 bintang di segitiga emas Kuala Lumpur

Bilik 2840 hotel 5 bintang di segitiga emas Kuala Lumpur




Assalamualaikum. Saya ingin berkongsi pengalaman ketika bertugas di sebuah hotel 5 bintang di segitiga emas Kuala Lumpur. Kejadian berlaku tahun 2014 sebelum saya resign tahun berikutnya & berhijrah meninggalkan KL.


Bertugas syif 3ptg hingga 11mlm, saya perlu stayback & OT kerana ada VIP arrival lewat malam tu. Walaupun posisi rasmi saya bermula di Concierge, tapi setelah beberapa tahun bekerja saya juga berkebolehan utk melakukan proses check in & check out di reception & juga express check in & VIP escort utk tetamu yg bertaraf silver, gold & platinum.


Kali ni saya akan meet & greet tetamu yg bernama Mr P. Nelson kerana telah berkomunikasi dengan beliau melalui email beberapa minggu awal berkaitan airport transfer & city tour. Lebih beradab & profesional kalau kita perkenalkan diri secara berdepan semasa beliau sampai ke hotel kan.


11.15mlm, hotel limo driver, Abg Asri memaklumkan saya yg dia telah bergerak dari KLIA bersama Mr Nelson menuju ke hotel & ETA sekitar jam 12 tgh mlm. Saya perlu melakukan final inspection utk bilik 2840 utk memastikan keadaan bilik tip top & semua welcome amenities telah tersedia di dlm bilik kerana Mr Nelson bertaraf platinum guest.


Saya mendapatkan room key card & terus menuju ke lif. Oh ya, hotel ni setinggi 28 tingkat, bermakna bilik yg saya tuju ni terletak di tingkat paling atas & merupakan executive club floor.


Masa dah sampai tingkat 28 tu terasa sejuk & sunyi sebab dari 40 bilik yg ada, cuma 7 bilik saja yg berpenghuni. Masa tu tak terasa takut langsung walaupun waktu dah agak lewat. Bilik 2840 terletak di paling hujung koridor. Masa berjalan dari lif ke bilik tu saya terasa mcm semakin suram padahal cahaya lampu mcm biasa je.


Sampai dpn bilik, saya terus flash key card & masuk. Bilik memang dh terang & aircond running sebab housekeeping supervisor memang dh letak extra key card di slot utk pastikan bilik selesa & tersedia utk tetamu. Saya masuk ke bathroom & melihat keliling sepintas lalu. Ketika saya melangkah keluar menuju ke bahagian katil, tiba2 terdengar suara batuk yg jelas & garau.


Saya betul² tersentak & kaku utk beberapa saat. Saya seterusnya menuju ke pintu masuk yg masih ditahan dgn latch & tidak tertutup sepenuhnya. Bilik berhadapan 2840 & sebelahnya vacant & tidak berpenghuni ketika kali terakhir saya check di dlm sistem. Saya juga mengintai di koridor kalau² ada sesiapa tetapi kosong.


Masa tu saya dh rasa x sedap badan. Kaki & tgn saya lenguh tiba² mcm baru lepas buat kerja berat padahal sebelum tu saya santai je sebab x busy. Bulu roma saya meremang tapi saya x larat & terasa jauh nk berjalan ke lif utk turun. Saya masuk ke bilik semula menuju ke writing desk & duduk. Something felt very wrong in that room. Rasa mcm hampir lumpuh badan saya.


Masa tu hanya mampu ckp, "Ya Allah kenapa aku ni.." Saya angkat telefon di writing desk & terus call ke executive club lounge di tingkat 24. Rakan saya bernama Rudy yg menjawab. "Bro, I need your help. Pls come up to room 2840 now. I don't feel good. Tiba² badan aku rasa lain mcm ni. Hurry pls!". Sementara menunggu Rudy sampai, nafas saya semakin laju. Lepas tu....


HAHAHAHAHAH!!!!! Suara garau tadi lagi. Dia ketawa ya! Suara tu very inhuman & kali ni saya yakin suara tu bkn imaginasi saya & suara tu rasa dekat sgt seperti dari dlm bathroom. Masa tu mulut saya terasa kering sgt. All the ayat² suci yg saya hafal semua had gone out of the window dah x mampu nk ucap apa².


Hanya mampu sebut Ya Allah je tu pun mcm tersekat. Saya memang kaku je kt writing desk tu sebab x mampu nk bangun & lari ke pintu utama. Kalau nk pegi ke pintu tu pun kena lalu depan bathroom dlu. Xtau apa 'benda' yg ada dlm tu kan. Pintu bathroom tu pula memang terbuka.


Masa Rudy sampai, saya terus menangis ya. Hilang macho sekejap. Nasib baik pintu bilik tu saya masih tahan dgn latch & tak tutup rapat. Rudy terus tanya, "Ko kenapa ni bro?" Saya terus minta dia papah saya keluar dari bilik & cepat² ajak turun ke lounge di tingkat 24.


Masa otw turun tu saya memang struggle sgt nk bcakap sbb rasa sgt penat & takut. Saya minta Rudy take over saya punya task utk meet & greet Mr Nelson di lobby. Masa di lounge tu nasib baik dah xde tetamu. Saya terus duduk di seat yg tersorok sikit. Ada 2 org lagi staff jadi saya rasa lega..


Lepas dh selesai escort Mr Nelson, Rudy dtg balik jumpa saya. Abg Zarul bellman pun ada ikut skali. Dia pun escort Mr Nelson ke bilik utk luggage assistant. Abg Zarul ni alim skit la di kalangan kitaorg sebab jenis x tinggal solat. Apparently Rudy sempat la cerita kat dia pasal apa yg jadi kt saya tadi.


Abg Zarul pun tanya saya apa cerita sebenar. Saya cerita la dari A to Z. Lepas tu dia pun ckp, "Tu la, tak beringat. Dah nak tgh mlm ni, ko nak naik sorang² ke top floor tu baca la apa² yg patut. Ni ko main rempuh je. Bilik² tu bkn sentiasa occupied ada yg dh berhari² kosong.


Ada la 'benda' yg kita x nmpk dh menghuni dlm tu". Airmata saya masih turun xtau kenapa padahal saya jenis susah nak menangis. Abg Zarul suruh saya istighfar, dia sebut dulu lps tu saya ikut sebab otak saya mcm dah blank waktu tu.


Malam tu saya tak balik sebab saya x yakin nak drive. Member² yg keje night shift pun semua x bagi balik jadi saya sambung rest kat back office di reception sampai pagi. Hampir seminggu juga saya ambil masa utk betul² pulih semangat.


Suara garau tu masih susah utk saya lupakan. Syukur 'benda' tu tak memunculkan diri dpn saya. Seketika saya leka, ketika itulah jin & syaitan mengambil peluang utk mengganggu.


Kredit: Beau Muhammad
All rea 

Post a Comment

0 Comments