Keluarga Azad, Eira Syazira |
Mula-mula kahwin, haruslah ambil hati mak mertua! Agak susah juga jika kita tak tahu cara pikat mertua yang berkesan. Adakah kita perlu mengenali mertua dahulu sebelum mengambil hati? Tidak semestinya, sekalipun anda belum mengenali mak mertua anda, terdapat cara-cara berkesan untuk anda pikat hati mak mertua.
20 Cara pikat hati mak mertua berkesan ini juga boleh anda lakukan kepada mana-mana ibu bapa atau orang tua, pasti mereka teruja dan gembira untuk jadikan anda menantu mereka!
Pikat hati mak mertua bukan sahaja menjadikan anda selesa tinggal sebumbung dengan mereka, tetapi anda juga bakal jadi menantu kesayangan. Anda juga bakal dipuji atau dijadikan topik mak mertua bersama kawan-kawan mereka ketika bersembang. Jom lihat 20 cara pikat hati mak mertua berkesan dan wajib anda buat.
1. Sopan Santun Dan Hormat
Janganlah cakap kuat-kuat macam cakap dengan member waktu pertama kali bercakap dengan mak mertua. Jadilah wanita melayu terakhir yang bersopan santun dan menghormati mereka.
2. Bawa Buah Tangan
Jika anda belum berkahwin dan bakal ada mak mertua, bawalah buah tangan setiap kali berkunjung ke rumahnya. Buah tangan boleh jadi makanan, minuman, buah-buahan, barang mentah, barang runcit dan lain-lain lagi. Mereka pasti suka terima sesuatu walaupun barang masakan.
3. Pakaian Sesuai
Pakai pakaian yang sesuai apabila anda berada di rumah bersamanya. Jangan pakai pakaian yang terlalu seksi sebaliknya pakailah pakaian yang menutup aurat sesama perempuan dan kaum keluarga mereka.
4. Ringan Tulang Dan Rajin
Ringankan tulang anda untuk membantu mak mertua di dapur atau di rumah. Rajin-rajinkan diri mengemas rumah, menyapu sampah, mop lantai dan lain-lain lagi. Ada jenis mak mertua yang suka menantu rajin dan buat kerja tanpa disuruh.
5. Minat Yang Sama
Tunjukkan bahawa anda mempunyai minat yang sama seperti mak mertua. Ia adalah salah satu cara pikat hati mak mertua dengan betul. Anda boleh berkongsi atau meminta resepi masakan dari mak mertua atau keluar bersama makan di tempat kegemaran dan lain lagi.
6. Sentiasa Sokong Dan Setuju Percakapannya
7. Berikan Hadiah
Hadiah dan buah tangan adalah perkara yang berbeza. Hadiah adalah barang personal untuknya seperti tudung, pakaian, kerongsang, coklat, bunga, manakala buah tangan seperti barang makanan untuk satu keluarga gunakannya.
8. Jadi Peramah
Dengan menjadi peramah atau suka sembang, mak mertua pasti suka kepada anda. Mereka tidak akan bosan dan tidak janggal jika anda pandai beramah mesra dan berbual-bual.
9. Bekerjaya
Walaupun tidak menunjuk kejayaan anda, tapi cukuplah jika mak mertua tahu bahawa anda adalah seorang yang bekerjaya, suka buat bisnes, bekerja sebagai pegawai dan lain-lain lagi. Mereka akan bangga memiliki menantu seperti anda.
10. Jangan Mekap Berlebihan
Jangan mekap lebih-lebih di rumah mertua, jangan pula serabai tak berbedak. Mekap berlebihan membuatkan mereka tidak selesa dengan anda. Apa kata anda pikat hati mak mertua dengan cara bersederhana dalam penampilan?
11. Beri Perhatian Lebih Kepada Mak Mertua
Apa-apapun, utamakan mak mertua anda. Jika dia menonton tv, berikan dia segelas air. Jika dia ingin berbuat apa-apa, cepat-cepat bantu dia. Jika dia tiada apa-apa, tanya kepadanya apa yang diperlukannya.
12. Cerita Kebaikan Anaknya
Anda boleh menunjukkan betapa anda menghargai anaknya dan betapa bagusnya anak yang dibesarkan oleh mak mertua anda. Ceritakan kebaikan anaknya kepada dia dan puji juga dirinya yang berjaya membesarkan anaknya.
13. Berlakon Bersyukur Dapat Mertua Sepertinya
Sekali-sekala perlu juga untuk anda berlakon dan menunjukkan bahawa anda bersyukur kerana dikurniakan mertua sepertinya. Itulah cara pikat hati mak mertua yang harus anda lakukan.
14. Selalu Senyum
Jangan lupa senyum selalu setiap kali dia melihat anda, jangan buat muka tertekan atau muka masam sahaja. Yang mana muka masam tu, berubahlah air muka anda dengan senyum selalu.
15. Layan Dia Seperti Raja
Layanlah mak mertua anda seperti raja. Semakin baik layanan anda terhadapnya, semakin dia akan buka mata bahawa anda tak sama seperti menantu lain di luar sana. Dia sangat beruntung mempunyai menantu seperti anda.
16. Beri Duit Sebagai Sagu Hati (Rezeki Lebih)
Salah satu cara pikat hati mak mertua juga adalah berikan mereka duit sebagai sedekah dan saja-saja. Dengan alasan, ada rezeki lebih. Percayalah, cara ini akan lebih mudah untuk pikat hati mak mertua dengan berkesan.
17. Bawa Makan Luar Sekali Sekala
Jom bawa mak mertua anda makan di luar sekali sekala. Tak perlu masak untuk satu hari, anda dan suami boleh membawanya makan di restoran yang sedap.
18. Luangkan Masa, Temankan Dia Ke Kenduri
Temankan mak mertua anda ke kenduri juga adalah cara pikat hati mak mertua yang sangat berkesan. Luangkan masa untuk temankan dia pergi kenduri dan berkenalan dengan kawan-kawannya.
19. Jadi Isteri Solehah
Jadi isteri solehah untuk suami anda pun menunjukkan anda benar-benar menantu yang tepat! Itulah cara pikat hati mak mertua yang berkesan apabila dia melihat anda sememangnya solehah.
20. Tonton TV Bersama
Cara mudah untuk anda pikat hati mak mertua adalah tonton tv bersama. Jadikan masa anda menonton televisyen itu adalah saat-saat untuk anda merapatkan hubungan bersama mak mertua.
0 Comments