"Cuba komen sat tang mana yang sama dengan Sajat tu? - Che Ta membebel dituduh muka sama dengan Sajat dan Dato' Vida




"Amboiiii, tengok video kami tak mekap tergamak kata muka kami macam Dato Vida. Cuba komen sat tang mana yang sama tu.


"Umur tak sama, tinggi berat tak sama, bentuk muka tak sama, hidung tak sama, mata tak sama.


"Tang mana yang hampa kata sama sangat tu. Kami nak hampa komen kat mana muka kami sama macam Sajat, macam Dato Vida."

Demikian kata pelakon dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta, menerusi video TikTok, dimana dia sedang membebel selepas wajahnya disamakan dengan Dato Seri Vida dan Sajat.


Perkongsian Che Ta itu menjadi perhatian apabila isteri kepada pelakon Zain Saidin itu berseloroh mengatakan kepada netizen yang tergamak menyamakan wajahnya seperti Vida apabila tidak mengenakan mekap.

Dalam masa sama, Che Ta turut bertanyakan kepada pengikutnya bahagian manakah yang disamakan dengan Sajat dan Vida itu.


Selain itu, ada juga netizen mengatakan wajah Che Ta tidak sama dengan Vida, namun ada sedikit iras seperti Sajat.


Perkongsian Che Ta mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur mendengar bebelan ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Post a Comment

0 Comments