Gangguan Cik Ponti di hotel Sekeping Kong Heng, Ipoh

 


Sekeping Kong Heng merupakan antara butik hotel mempunyai permintaan tinggi di bandar Ipoh. Walaupun tular kerana ramai netizen mengatakan tempat ini berhantu tidak membatalkan hasrat sesetengah individu untuk menikmati kecantikkan yang disediakan oleh hotel ini.







Kalau korang nak tahu, asalnya bangunan yang menjadi rumah kepada Sekeping Kong Heng adalah hostel untuk pelakon teater. Mereka berkerja dan melakukan persembahan di Chinese Opera Theatre terletak bersebelahan sahaja. Walaupun kita dapat melihat keindahan bangunan kolonial bersejarah. 


Sayangnya bangunan ini terbakar dalam peristiwa The Great Fire Of Ipoh pada tahun 1892 yang telah menghancurkan separuh daripada bandar ini. Apa yang tinggal adalah kesan bangunan ini ditelan api telah dibina semula untuk dijadikan butik hotel yang kita dapat lihat sekarang. Bermula di ruang receptionist yang sedikit kecil akan membantu korang untuk bawa masuk ke dalam hotel ini. 


Jangan terkejut walaupun terletak di kawasan laluan pelancong. Masuk sahaja ke bahagian atas korang akan terpersona melihat betapa senyap dan aman suasana hotel ini. Privasi korang pun dijaga dengan sangat baik.


Tempat ini memang menarik,tetapi tahukah anda ada review daripada owner Seth & Luna Artisan ini akan membuatkan anda seram. Baca selanjutnya di bawah:
































Selain itu, kisah seram di hotel ini, ada juga segelintir netizen yang pernah tinggal di hotel pula katakan sebaliknya pula. Mereka cuma rasa janggal dan pelik dengan dekorasi bilik sahaja.

Selebihnya mereka menyatakan hotel ini memberi pengalaman menyeronokkan dengan suasana yang tenang walaupun terletak di kawasan tumpuan pelancong. Oleh itu, kita tak boleh menilai tanpa melalui pengalaman kita sendiri. Kemungkinan apa yang kita alami jauh lebih baik daripada apa yang sering dikatakan oleh netizen. Bandar Ipoh merupakan bandar bersejarah yang sangat menyeronokkan.



Kredit : Anwar shamsuddin




Post a Comment

0 Comments