"Hasil yang indah, tidak lahir dari langkah yang mudah" - Aeril dan Wawa kini bahagia dengan anak-anak dan perniagaan

"Hasil yang indah, tidak lahir dari langkah yang mudah" - Aeril dan Wawa kini bahagia dengan anak-anak dan perniagaan


Aeril Zafrel dan Wawa Zainal merupakan pelakon Malaysia dan juga ahli perniagaan yang berjaya. Mereka mengusahakan perniagaan berasaskan kecantikan dan penjagaan kulit  yang bernama wawacosmetic. Tahun lepas sahaja, keuntungan wawacosmetic dicatatkan sebanyak RM44 juta. Malahan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal telah membayar zakat perniagaan melebihi RM1 juta. 


Kehidupan pasangan selebriti ini diawalnya bukanlah mudah. Aeril dan Wawa banyak berkongsi pengalaman pahit manis mereka di dalam kehidupan berumahtangga.

 



Kehidupan awal Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari, 36, dikenali dalam bidang lakonan menerusi watak Andi dalam siri TV Kisah Kaisara musim pertama serta watak Bad dalam filem Budak Pailang.


Tahun 2012 telah  menyaksikan beliau muncul dalam tiga buah filem terbitan Metrowealth (MIG) dimana dua daripadanya bergandingan bersama aktres Wawa Zainal. Filem 99 Kali Rindu menyaksikan pertama kali Aeril memegang watak Ahmad Attar dalam filem bercorak kerohanian, manakala Wawa Zainal memegang watak sebagai Fatin Qalbie.




Pertemuannya dengan Wawa Zainal telah membuahkan bibit cinta sehingga nekad untuk bernikah.  Mereka telah bernikah pada 25 Februari 2012 secara rahsia tanpa dihebohkan kepada pihak media. Aeril juga menjelaskan sebab-sebab mengapakah mereka bernikah tanpa mengikut prosedur undang-undang yang sedia ada di negara ini, Aeril menjelaskan yang dia mendahulukan undang-undang Allah daripada undang-undang manusia kerana mahu sebuah hubungan yang halal di sisi Islam.



Namun, selepas mengetahui Wawa telah mengandung dan mereka tidak mempunyai surat nikah untuk pengesahan nikah, maka Aeril dan Wawa melangsungkan pernikahan sekali lagi mengikut undang-undang Malaysia. 



Pada 4 Februari 2013 kerana mahu mengikut Undang-undang Keluarga Negeri Selangor dan supaya anak kami boleh di-binkan dengan nama saya. Kenapa kami nikah dua kali dan kenapa kami merahsiakan pernikahan kami kerana pada ketika itu Wawa meminta saya merahsiakan kerana pihak MIG tidak membenarkan kami bercinta apatahlagi berkahwin. Wawa takut dimarahi oleh pihak pengurusan dia.


 



Wawa Zainal atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 32,  merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari Lahad datu, Sabah. Beliau merupakan anak kelapan daripada sebelas orang adik-beradik. Wawa menamatkan karier lakonannya setelah bernikah bersama Aeril. Menurutnya, 


Memang saya akui pernah berasa menyesal berkahwin dengan Aeril ketika itu. Saya berkahwin ketika nama sedang berada di puncak populariti dan cinta itu buta menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berkahwin.

Saya menyesal kerana tidak dapat meneruskan kerjaya lakonan saya dan menikmati kehidupan mewah seperti yang pernah saya impikan sebelum ini, ujarnya yang menyambut ulang tahun perkahwinan ke dua belas tahun pada tahun ini.


Menghitung susah senang selama dua belas  tahun bersama, Wawa bagaimanapun bersyukur kerana suaminya banyak bersabar selain banyak membimbingnya untuk menjadi seorang wanita Muslim sejati.


Kalau Aeril kurang sabar, kami mungkin tidak lagi bersama seperti sekarang. Tetapi sifat kesabaran dia itulah yang membuatkan saya kagum.

Saya mula bertudung selepas berkahwin kerana dia (Aeril) tidak benarkan saya keluar jika tidak menutup aurat.

Ketika itu saya rasa sangat terbeban dan terpaksa (memakai tudung), tapi lama kelamaan, saya mula terima dan berubah sedikit demi sedikit, ujar Wawa.


Kini Wawa dan Aeril berbangga dengan perniagaan mereka yang sudah bertahan selama 6 tahun. Wawa Cosmetic semakin dikenali ramai sehingga mendapat keuntungan 40 juta dalam masa setahun. Aeril dan Wawa memanjatkan syukur kerana mereka bukan sahaja mengubah kehidupan diri sendir malahan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.




Sedar tak sedar Aeril dan Wawa telah mempunyai 4 orang anak. Ramai yang memuji kecantikan dan ketampanan anak-anak mereka. Ye lah mana jatuhnya kuah kalau tak ke nasi betul tak?






 

Post a Comment

0 Comments